Thursday, August 25, 2011

Ke Arah Mana Piala malaysia Akan Beralih???

Pasukan mana yang akan merangkul piala Malaysia tahun nii?adakah piala yang paling berprestij itu tidak akan berganjak pada tahun ini dan terus berada di pelukan kijang di masa Sang Penyu,Kenari,Seladang dan juga Gergasi Merah cuba sedaya-upaya untuk meleraikan Piala itu dari pelukan erat Sang Kijang.

Segalanya akan terjawab apabila bermulanya sepak mula saingan antara kumpulan Piala malaysia 2011.Berdasarkan undian peringkat kumpulan,skuad kelantan sebenarnya tidak menghadapi laluan sukar untuk melepasi saingan peringkat kumpulan tetapi tentangan dari pasukan lain tidak boleh diambil mudah oleh anak buah Datuk M karathu ini walaupun pasukan yang diundi bersama Kelantan ada yang berasal dari liga perdana

Berbeza pula dengan Skuad penyu yang akan menghadapi Negeri Sembilan dalam saingan peringkat kumpulan,tetapi berdasarkan aksi konsisten sepanjang saingan liga super yang lepas,adalah tidak mustahil bagi terengganu melepasi saingan peringkat kumpulan dengan gandingan penyerang,midfield dan defend yang mantap.Bagi skuad Selangor pula,saingan yang sengit pastinya hadir daripada pasukan berstatus kelab iaitu Tteam yang selalunya menampilkan aksi yang cukup cemerlang di gelanggang lawan dan gelanggang sendiri pada saingan liga super yang lepas dengan berjaya menjinakkan gergasi2 bola sepak malaysia.


Walaubagaimanapun Selangor dilihat semakin bangkit dari kekecewaan gagal mempertahankan piala liga super dengan mempersiapkan skuadnya untuk menghadapi saingan liga malaysia selepas raya nanti.Walaubagaimanapun Kelantan tetap menjadi penghalang utama bagi Selangor dengan rekod perlawanan yang selalu saja berpihak kepada pasukan dari Negeri Cik Siti wan kembang itu termasuklaa perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam baru2 ini.


Walaubagaimanapun Selangor tetap menjadi antara pasukan pilihan yang bakal melepasi saingan peringkat kumpulan dan melangkah ke peringkat yang lebih jauh.Dengan kemenangan yang dicatat semasa mengalahkan skuad kebangsaan baru2 ini,ternyata ianya telah menyuntik semangat kepada para pemain Selangor untuk memberi tentangan yang hebat kepada pasukan2 lain.

Tentangan dari skuad Seladang tidak boleh dipandang rendah oleh semua pihak walaupun tempang kerana pergantungan beberapa tonggak utamanya oleh FAM selama beberapa perlawanan disebabkan insiden semasa saingan piala liga super.Jurulatih Norizan Bakar pastinya mempunyai 1001 ramuan untuk memastikan skuad kendaliannya berjaya melangkah ke peringkat tertinggi dalam memburu Piala paling berprestij itu.Oleh sebab itu banyak perlawanan persahabtan telah diaturkan oleh setiap pasukan walaupun pada bulan Ramadhan untuk mempersiapkan skuad masing2 untuk menghadapi saingan satu2 nya piala yang masih tinggal bagi edisi 2011.Adakah piala itu sksn terus dipaku di bumi kkelantan..????Kita sama2 lihat nanti........








No comments:

Post a Comment