Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Yang dinanti-nantikan

Hari ini ialah 5 Ramadhan,ini bermakna sudah 5 hari kita,umat islam berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa.Kita tahu semua muslim menunggu kedatangan bulan yang penuh berkat ini.Alhamdulillah,Kalau yang menunggu bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan ibadat bagi menampung dosa yang dibuat sepanjang tahun.Tetapi ada juga yang menantikan bulan ini kerana dalam bulan ini ada bazaar Ramadhan.Kalau ada bazaar Ramadhan,maka beraneka makanan yang dapat ditemui.Gulai kawah Mak cik Gayah di bazaar Ramadhan Wakaf Bharu laa.....Bubur Lambuk Pak cik Musa di Bazaar Ramadhan Bangsar....macam2 lagi laa.Sesungguhnya amat rugi bagi kita kalau tidak menggunakan peluang yang ada ini yang hanya muncul sebulan saja dalam setahun untuk beribadat.Dan ketahuilah wahai sekalian umat islam bahawa 10 hari pertama bulan Ramadhan merupakan kerahmatan dari Allah S.W.T,10 hari berikutnya adalah pengampunan dari Allah S.W.T dan 10 hari terakhir merupakan kebebasan dari api neraka.Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda,”Jikalau umatku benar-benar mengetaui akan fadilat bulan Ramadhan,nescaya mereka akan meminta agar sepanjang tahun iaitu 12 bulan ialah bulan Ramadhan”.Walaupun begitu,masih ada umat islam yang enggan berpuasa dan membiarkan bulan Ramadhan ini berlalu seperti bulan yang lain.kalaulah lumpur yang mereka bawa pada bulan lain maka lumpur jugalah yang bawa pada Bulan Ramadhan.Yang clubing,tetap clubing....Yang merempit tetap merempit dan yang membuat maksiat tetap membuat maksiat.Seolah-olah tiada ertinya bagi mereka bulan Ramadhan ini.Tetapi bila tiba saat nak Raya,mereka ini lah yang paling sibuk buat persiapan nak raya,mengalahkan yang berpuasa pula.Inilah gambaran masyarakat yang mesti diubah.Anggaplah bulan Ramadhan ini sebagai bonus kepada umat Islam.Ada seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W bahawa umat Rasulullah ini jangka hayatnya lebih pendek beberapa kali ganda daripada umat yang terdahulu.Oleh itu,baginya tidak adil kepada umat Muhammad kerana sedikit saja ibadat yang dapat dilakukan berbanding umat yang terdahulu.Dengan tenang Rasulullah S.A.W menjawab,sebenarnya umatku ini lebih bertuah kerana dikurniakan bulan Ramadhan di mana satu malam pada bulan bersamaan dengan 40 tahun.Oleh itu ibadat yang dilakukan pada 1 malam bersamaan 40 tahun beribadat.Masyaalah tingginya ganjaran pada bulan Ramadhan ini.Selain itu juga,setiap ibadat fardhu yang ditunaikan akan diberikan 70x ganjaran pahala berbanding pada bulan biasa dan setiap ibadat sunat yang dilakukan akan diberikan ganjaran seperti melakukan ibadat fardhu.Pada bulan Ramadhan ini 5 nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada yang berpuaa,pertama,bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah S.W.T.Kedua,Ikan-ikan di laut akan beristighfar kepada Allah S.W.T bagi memohon keampunan bagi [ihak orang yang berpuasa.Ketiga,dirantaikan syaitan dan iblis,keempat,Pada setiap hari Allah S.W.T menghiaskan Syurga bagi yang berpuasa dan yang kelima ialah dijauhkan orang yang berpuasa dari api neraka.Oleh sebab itu,marilah sama2 kita perbetulkan niat kita pada bulan baik yang penuh berkat ini untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kemungkaran.Jangan biarkan bulan Ramadhan ini mengalir pergi tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin.


Hari ini ialah 5 Ramadhan,ini bermakna sudah 5 hari kita,umat islam berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa.Kita tahu semua muslim menunggu kedatangan bulan yang penuh berkat ini.Alhamdulillah,Kalau yang menunggu bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan ibadat bagi menampung dosa yang dibuat sepanjang tahun.Tetapi ada juga yang menantikan bulan ini kerana dalam bulan ini ada bazaar Ramadhan.Kalau ada bazaar Ramadhan,maka beraneka makanan yang dapat ditemui.Gulai kawah Mak cik Gayah di bazaar Ramadhan Wakaf Bharu laa.....Bubur Lambuk Pak cik Musa di Bazaar Ramadhan Bangsar....macam2 lagi laa.Sesungguhnya amat rugi bagi kita kalau tidak menggunakan peluang yang ada ini yang hanya muncul sebulan saja dalam setahun untuk beribadat.Dan ketahuilah wahai sekalian umat islam bahawa 10 hari pertama bulan Ramadhan merupakan kerahmatan dari Allah S.W.T,10 hari berikutnya adalah pengampunan dari Allah S.W.T dan 10 hari terakhir merupakan kebebasan dari api neraka.Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda,”Jikalau umatku benar-benar mengetaui akan fadilat bulan Ramadhan,nescaya mereka akan meminta agar sepanjang tahun iaitu 12 bulan ialah bulan Ramadhan”.

Sunday, July 25, 2010

Wakawaka.....Aduhai World Cup!!!


"Tsamina mina eh eh......Waka Waka eh eh.......Tsamina mina zangalewa........Anawa aa".Itulah lagu yang sering kedengaran semnjak bermulanya FIFA world cup 2010.Ternyata lagu dendangan shakira itu berjaya memukau seluruh msyarakat dunia ketika kempen piala dunia itu berlangsung...dari kanak2 seusia 4 taun hingga ke "bapak kanak2",mampu mnghafal lirik lagu entah apa2 tu.Spanjang kempen piala dunia berlangsung,hanya beberapa perlawanan yang berjaya menarik minat aku.Ini x brmksud lain2 prlwanan x mnarik,semue mnarik ttapi hanya beberapa perlwanan yang berjaya menarik lebih ckit perhatian aku...such as perlwnan antara Portugal ngan Korea Utara..korea kena belasah 7-0...(wooii...bnyak tuuu-wt malu je),tapi sekurang-krangnye,Korea bleh jgak g Piala Dunia,blehla kita berbngga coz ade psukan asia yang bleh g sjauh tuu...Tapi yang x bestnye,semue team yang aku predict tuk menang semue hampeh(rebah di tengah jalan).Bermula ngan England......pastu Portugal.....then Brazil....lpas tu Argentina n jerman semue x mnjadi.siot tol....aku tau kemampuan aku tuk predict mmang x leh lwan Paul si Sotong yang bangsat tuu(jangan percaya pada ramalan...berdosa).


Sesungguhnya Piala Dunia 2010 ni mninggalkan bnyak cerita mengenai peminat bola sepak yang fanatik giler2.....ada yang mngimpikan suatu hari nanti tuk jadi pemain yang pantas macam Cristiano Ronaldo.....lincah macam lionell Messi.........Cekap macam Casillas.......dan semestinye hensem macam David Villa dan Kaka...tapi tu semue perlulah dipasang dalam mimpi dulu buat sementara waktu ini...coz semue orang bleh klau stkat nk berangan tuu.....Spanjang World Cup jgak,kbnyakan peminat Bola sepak snggup berjaga malam semata-mata mahu melihat pasukan pujaan hati beraksi(kalau aku baik tido..lagi best-berjaga jgak tp tuk final saja)...n lpas tu lwat g kerja...klas(ade yng x g lngsung)......n klau g pon.....dok trsngguk2 coz mngantuk giler....mengikut statistik yang dikeluarkan,sepanjang kempen piala dunia berlngsung,produktiviti kbnyakan negara berkurangan termasuk mlaysia.mjurla World cup ni 4 taun skali je....klau 4 kali staun,make lingkuplaa negara......Masalah lain plak...rmai yang trlibat ngan judi bola.Malah ade yang snggup pinjam ngan ahlong semata-mata tuk berjudi.....ni yng x bestnyee.....Bagi aku,lebih sronok tonton World cup di HELP drpada di rumah coz di rumah aku sorang2 je tngok world cup.....nk bersorak x sronok klau sorang2.....kt HELP rmai,ade yng intrntional students...bdak africa ade..jepun ade..korea ade...macam2 adaaa...(mjur x kena blasah ngan brother africa coz aku bersorak tuk Mexico mase perlawanan Africa slatan lawan Mexico).

Saturday, July 24, 2010

Ramadhan Didahulukan,Raya Diutamakan





Jika dibuat countdown dr skrang,Ramadhan akan menjelma x smpai sbulan lagi..........tp kbnyakan orang dah mula cbuk buat persiapan raya.Yang dah download lagu raya pon ade.Lagu dendang perantau laa...lagu raihan ngan Hujan laa..lagu untukmu(wooiii ini bkan lagu raya laa,nmpak sngat x tau-whatever)belum masuk bulan puasa tapi persiapan raya mula dipersiapkan oleh kbnyakan orang.(aaiii.....puasa ganti dah abis dh ke?).sejak bulan rejab lagi,tempahan untuk baju raya di kbnyakan kedai jahit telah ditutup kerana trlalu bnyak tmphan yang dibuat.mana x nya,tmphan atas seorang manusia dah pon at least 4 psang baju raya(especially girl(fact)-oooppsss ).hari raya pertama baju lain....raya ke2 baju lain......raya ke3 baju lain.....nk smpai habis musim raya mngkin 30 psang baju berbeza yang dipakai,dengan alasan"kita puasa sbulan,jadi raya kena sbulan laa".tp lelaki pon sama je....nk raya lama jgak..tapi bg diriku......baju raya ada 1 je,tu pon gune yng raya taun lepas(so sad).tp x pela....yng tu pon bru pkai skali je.Tp klau ade sape2 yang nk sponsor kt aku baju raya aku on je.


Dalam kita cbuk2,nk bikin baju raya laa.....kueh raya laa...adakah kita juga membuat persiapan tuk mnghdapi Ramadhan?Apakah kita mrancang apa yang kita akan buat tuk Ramadhan ni?dan apakah azam kita untuk Ramadhan taun ni?Kita spatutnye mnyambut kdtangan Ramadhan ini lebih drpada kita mnyambut Bulan Syawal kerana bulan Ramadhan merupakan pnghulu segala Bulan dan didalam Bulan Ramadhan terdapat satu malam yang sngat mulia yang dinantikan oleh kbnyakan orang yang beriman iaitu malam lailatulqadar.Kita spatutnya mengharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas wlaupun ramadhan yang lepas adalah yang trbaik pernah kita rasai dan selalulah kita ingatkan diri kita bahawa adakah kita smpat dengan Ramadhan akan datang andai kita tidak memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaik2nya coz kita ni mortal not immortal..bila2 masa je Allah S.W.T boleh jemput.

p/s : sentiaselah utamakan puasa dulu sbelum raya-sape yang terase sila komen kt bwah.....haahahahahha