Wednesday, August 10, 2011

Manisnya Kurma.....tapi apa khasiatnya???

Kurma yang juga dikenali sebgai tamar merupakan makanan yang disunatkan untuk berbuka puasa.Sebelum menjamah hidangan lain,kita disunatkan untuk berbuka dengan kurma dahulu.Sebenarnya,untuk pengetahuan kita semua,dalam sebiji kurma,terdapat banyak khasiat yang kita x tahu.Dalam kurma terdapat :


1) 1.8 -2.0% protein
2) 2.0-4.0% serat
3) 50 – 57 % glucose

Mengikut kajian,nutrient yang terdapat dalam kurma akan diserap ke dalam tubuh dengan serta merta yang memberikan tenaga segera kepada badan (dengan istilah biology -sudden burst of energy) setelah lebih 12 jam tubuh tidak mendapat makanan semasa berpuasa.Oleh sebab ianya terbentuk dalam bentuk glucose,jadi senang baginya untuk diserap ke tubuh berbanding gula yang terdapat dalam buah-buahan lain seperti tebu yang mengandungi sucrose dimana memerlukan enzim untuk memecahkannya dan diserap ke dalam tubuh.(...macam cikgu bio laa plak....padahal kertas bio laa yang selalu lingkup :D).Dengan tenaga serta merta yang diberikan oleh kurma,insyaallah nafsu makan yang bagai dirasuk hantu masa berbuka dapat dikawal.

Serat yang terdapat dalam kurma mengikut kajian,dapat mencegah dari mendapat barah usus kerana ia melawaskan makanan yang dimakan dan hasil galian penting potassium amat penting untuk kesihatan saraf ( saraf yang baik mampu menjamin kelancaran impulse(maklumat) ke otak).
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan Kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Ianya juga berfungsi sebagai penawar racun, dan diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.”Jika sesiapa yang makan kurma,akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam kurma yang belum diterokai oleh saintis2.Oleh itu biasakan laa diri berbuka dan bersahur dengan kurma,insyaalah puasa tidak akan menghalang kita dari melakukan aktiviti harian kita.
Jadi,ingat kurma,ingat Semanis Kurma di tv9 dan ingat kurma,ingatlah yusuff Taiyoob........................Sekian.










2 comments: