Friday, August 19, 2011

Isu David Villa Hina Islam

Mula2 terbaca berita mengenai benda nii aku terkejut jugaklaa......selama ini perlawanan antara Real Madrid dengan Barca ok je walaupun tetap ade pergaduhan setiap perlawanan yang melibatkan mereka,manakan tidak musuh tradisi sejak dulu lagi.Tapi pergaduhan yang berlaku selama nii pun x de laa mnyentuh tentang sensitiviti religion.....paling2 teruk pun tolak2.....n maki hamun terhadap pemain sendiri laa,x de nk sebut benda2 yang boleh membangkitkan kemarahan bukan sahaja pemain,tetapi penyokong di seluruh dunia......




Kalau terbukti benarlaa berita dan perlakuan yang dilakukan oleh David Villa ini,nampaknya dia terpaksa bersedia menghadapi perang yang akan dilancarkan oleh umat islam di seluruh dunia.Nampaknya dia terpaksa berhadapan dengan kejatuhan karier bola sepak dia dan kemungkinan Barca(kelab yang diwakilinya) akan mendapat kritikan yang berat dari peminat yang kebanyakan beragama Islam.Memang tidak dinafikan Barca merupakan kelab yang semakin mendaki puncak dan merupakan kelab yang tidak mampu digoncang oleh kuasa bola sepak lain pada masa kini termasuk sendiri oleh Manchester United.


Tidak mustahil kelab yang mendapat peningkatan peminat secara mendadak sejak akhir2 ini akan menghadapi penurunan secara mendadak dari segi bilangan peminat akibat dari tingkah laku yang boleh dikatakan sebagai orang yang x ade otak oleh player ini.
Memang x dinafikan laa....dulu aku memang minat giler dengan david Villa nii,sampai kan entry pertama aku pun ade muka David Villa.....tetapi selepas membaca berita mengenai perlakuannya yang menghina islam,terus aku blacklist die dr senarai pemain bola sepak pujaan aku laa konon2 nya.Bagi aku laa....kalau dia berasa ini kesalahannya......dia patut minta maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam di negara ini...tapi smpai sekarang x de lagi sidang khas yang dibuat untuk meminta maaf kepada semua orang islam....Kalau pasal bende len bolehlaa kita tolerate lagii....ni smpai nk hina islam memang x leh tolerate langsung laa.....Tapi aku memang respect laa Mesut Ozil yang cuba mempertahankan Islam semasa dihina oleh Villa.... baginya kalau nak hina benda len boleh die terima lagi,kalu hina islam memang dia x leh terimala.....bukan dia sorang aku pasti semua orang kat luar pun berfikir begitu......Sepatutnya perkara ini tidak berlakulah.....kerana bola sepak ini merupakan sukan yang menyatukan masyarakat,jangan disebabkan peristiwa ini,masyarakat dunia berpecah dan kacau bilau besar berlaku.Seorang pemain bola sepak yang betul2 professional x akan mencapur adukkan benda kat luar,di atas padang...bila perkara luar tidak dibawa ke padang,barulah penonton dapat enjoy and have fun sepenuhnya dengan match yang berlangsung.walaubagaimanapun,Sejauh mana kebenaran mengenai insiden ini aku pun x tahu.......jika terbukti kebenarannya,diharap Villa cepat2 minta maaf secara terbuka ke seluruh masyarakat dunia yang beragama islam.


- “Saya Cuma mempertahankan agama saya(Islam) kerana dia(Villa) telah menghina agama saya” - Mesut Ozil
-Barca juga mempunyai pemain yang beragama Islam(Affelay) dan aku pasti dia pun pasti akan terasa juga dengan penghinaan yang dilakukan oleh Villa itu..






No comments:

Post a Comment