Thursday, August 11, 2011

4 Goalkeeper terbaik Harimau Malaya

Assalamualaikum,hari ni aku nk bincang sikit laa pasal bola sepak kat negara kita ni yang semakin meningkat naik dan semakin meraih kepercayaan penyokong tempatan walaupun pada hakikatnya,suatu ketika dulu dipandang sepi oleh penyokong tempatan yang lebih memartabatkan pasukan bola sepak dari luar negara daripada dalam negara.Itu dulu,sekarang lain,dunia sudah berubah....zaman sudah maju.Mungkin dulu,kalau jumpa pemain seperti Khairul fahmi,Amar Rohidan, dan juga mahali jasuli di tepi jalan,ramai yang x kenal.Tapi senario itu sudah berubah sekarang,terima kasih kita ucapkan pada FAM,ketua jurulatih(King Gopal) kerana menaikkan mutu bola sepak negara......sudah2...sekarang nii kita kembali kepada perkara pokok yang hendak diutarakan hari ini.Mungkin ramai diluar sana itu mahu menjadi pemain bola sepak,tetapi x ramai yang snggup menggalas tugas sebagai goalkeeper.Hanya mereka yang berani saja yang layak.....mana x nya,nk jadi goalkeeper kenalah berani,nak kena hadap bola yang lajunya macam peluru,kalau aku dah kecut perut,sorok kepala kalau diletak sebagai keeper.............
Antara penjaga gawang negara yang patung dibanggai ialah :

1) Khairul Fahmi Che Mat a.k.a ‘Apek’(Kelantan)


- Ini keeper memang favret aku laa.......setiap kali diturunkan memang x menghampakanlaa.......walaupun ada beberapa kali prestasi nya tidak pada tahap yang sebenar akibat dibelenggu kecederaan.Penjaga gawang yang datangnya dari negeri Cik Siti Wan kembang ni merupakan ikon anak muda sekrang dalam bidang bola sepak.....dengan ketangkasannya menyelamatkan pintu gol dari dibolosi telah mendapat pengiktirafan dari banyk pihak termasuk pnyokong dari luar negara.Dengan khidmat ‘tangan emas’ beliau,Malaysia berjaya mendakap tropi AFF suzuki buat kali pertama......Orang nya x de lah tinggi sangat dan dia tergolong dalam keeper rendah laaa.tapi itu x penting,jika diukur dengan prestasinya sekrang,baik rendah kalu dapat beraksi cemerlang

- Apek nii juga merupakan pakar dalam menyelamatkan sepakan percuma yang jaraknya beberapa meter dari pintu gol(dalam final AFF kalau tengok itu bambang pamungkas punya freekick kompem gol punya,tapi berjaya ditolak oleh apek-nasib baik.....).Tapi yang aku paling respek die laa masa lawan Singapore kt Bukit jalil,bulan lepas laa........Di sebalik aksi cemerlang nya itu,rupa2 nya die mempunyai konflik.tapi aku heranlah,bagaiman dengan konflik yang die hadapi itu,die boleh tolak ketepi selama 90 minit dan concentrate gila2 kat game.Apek ini jugak pencetus kepada penjualan jersi penjaga gol.sebelum nii mane ade,yang ade jual kat kedai hanyalah jersi penyerang,mid field je. –tapi apa2 pun “lu memang best bro”(bak kata Nabil)

2) Sharbinee Alawee a.k.a ‘Sabi’(Terengganu)


- Sabi ni adelah keeper no.2 negara selepas apek....memang ni yang terbaik jugaklah yang skuad Rajagopal ade dan keeper nilah yang telah berjaya membawa malaysia untuk menjulang piala sukan sea 2009 kalu x silap.Aku pernah sekali melihat secara live si ‘Sabi ni beraksi masa final piala FA teganu lawan klatan.memang terbaik jugala dia masa tuu.........mengawal pintu gol dari dibolosi oleh penyerang prolifik klantan iaitu Norshahrul Idlan talaha,memang cuak jugaklaa tengok sebab masa tuu aku duk kat blakang gol........

- Dengan kejayaannya menyelamatkan penalti semasa menentang Taiwan dan aksi cemerlangnya menentang gergasi EPL yang bertandang ke Malaysia baru2 ini,telah mendapat pujian banyak pihak dan menambahkan keyakinan Datuk Rajagopal untuk diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Singapore.Namun begitu langit x selalu nya cerah dan keeper x slalu berada di prestasi yang terbaik,malaysia kalah di singapore 3-5 dengan kombinasi defender yang hancur.Anak kelahiran terengganu ini ialah antara keeper yang patut diberi pujian jugalah kerana usaha beliau menjaga gawang Malaysia walupun banyak dibolosi lawan sejak akhir2 ini.

3) Nasril Nourdin(Perak)


- Ini keeper gua nak cakap banyak bikin duri dalam daging bagi pihak lawan terutama dalam saingan liga super.Memang antara keeper yang tangkas laa.....Tapi jarang diturunkan kerana keeper no.3 negara(kena tunggu Apek n Sabi injured dululaa gamoknye....).Bila diturunkan selalu saje menampilkan aksi yang bertenaga.Ini keeper juga bukan mudah dibolosi.Bayangkan bagaimana dia menafikan pelbagai serangan yang dihujankan semasa kelantan kalah teruk 4-0 dalam saingan liga super yang lepas di Perak dan bagaimana kepakaran dia mengagak dan menafikan sepakan penalti Shahrul Idlan Talaha yang berkesudahan Kelantan Menang walaupun 1-0.

- Apa yang dapat dirumuskan ,Perak memang akan tempanglaa tanpa dia,tambahan pula dengan pergantungan dia selama 7 perlawanan yang menyaksikan dia x dpat beraksi untuk saingan piala Malaysia seolah-olah menutup terus peluang Perak untuk melepaskan Piala Malaysia dari pelukan skuad Kijang.

4) Farizal Marlias(Negeri Sembilan)


- Penjaga gawang Negeri Sembilan ini yang sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan sudah mendapat kembali prestasi terbaiknya apabila menampilkan persembahan yang sungguh menakjubkan apabila berjaya menempis rembatan “World Class” dari bintang Chelsea seperti Didier Drogba dan Fernando Torres pada julai lalu.Dia merupakan keeper no.1 negara sebelum ini sebelum dirampas oleh Apek disebabkan kecederaan yang dialaminya.Ini keeper jugak,bnyak bagus,masa main dengan Manchester 2 taun lepas,Malaysia hampir seri dengan itu juara EPL.tapi rembatan Owen last2 minit,berjaya menghadiahkan kemenangan kepada United.

- Sekembalinya dia ke pangkuan pasukan harimau Malaya menyaksikan Apek akan berhadapan dengan saingan yang sengit bagi mengekalkan posisi sbagai keeper no1 negara dan itu agak susah dilakukan stakat ini jika dilihat prestasi Apek yang mrupakan kapten skuad olimpik yang juga berada di prestasi yang terbaik pada masa kini.

Apapun,ini ialah barisan keeper terbaik yang Malaysia ada pada masa kini,walaupun kadangkala prestasi diorang tidak pada tahap sebenar,tapi yakinla,bahawa inilah barisan keeper terbaik yang dipilih oleh King Gopal.Tapi apa2 pun jugak,hakikat sekarang perlulah kita trima buat masa ini,orang lebih suka menyalahkan keeper daripada striker yang tidak menyengat apabila kalah dan lebih suka memuji striker daripada keeper yang tangkas bila menang...nk buat mcam mane.....sabo je laaa.......
Tapi untuk Apek...........lu memang Best Bro!!!!!!





No comments:

Post a Comment