Sunday, November 4, 2012

Pertarungan untuk Memenangi Ballon D'Or 2012

Mungkin terlalu awal dan terlalu sukar untuk kita tentukan siapa yang selayaknya memenangi Anugerah paling berprestij di dunia bagi mengiktiraf pemain bola sepak terbaik dunia.Masing-masing pemain bola sepak yang tercalon untuk Ballon D’Or mempunyai kekuatan tersendiri untuk merangkul anugerah tersebut.Pemain seperti Iniesta,Messi dan Cristiano Ronaldo adalah nama yang agak sinonim dengan anugerah tersebut sejak dua tahun kebelakangan ini dan tidak dapat dinafikan mereka adalah pemain terbaik di dunia yang merajai arena bola sepak dunia.
Walaubagaimanapun,kelibat pemain lain seperti Pirlo yang beraksi cukup cemerlang di EURO sehingga meranapkan harapan pasukan Jerman sebagai pilihan menjuarai Euro 2012,Van Persie yang membuktikan ketajaman penyudahnya di Liga Perdana Inggeris dan juga Casillas yang boleh dikatakan nadi utama kepada Sepanyol menjuarai Euro 2012.Tidak mustahil dan tidak pelik seandainya pada tahun ini,pemain yang tidak biasa dengan pencalonan Ballon D’Or dapat mengatasi pemain pilihan.Ramai yang berpendapat Iniesta adalah yang lebih layak untuk Ballon D’Or pada tahun ini,dengan banyak sumbangan yang diberikan kepada Barcelona pada musim lepas dan juga menjadi nadi utama ke atas kejayaan Sepanyol menjuarai EURO 2012 menjadikannya sebagai pemain tengah dan juga playmaker terbaik di dunia pada masa kini.
Dilihat Iniesta merupakan pilihan utama berbanding Messi untuk memenangi Ballon D’Or jika kejayaan dicapai menjadi ukuran…Messi hanya menjuarai kejohanan kecil bersama Barcelona pada musim lepas selepas gagal mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dan juga LA Liga.Manakala Iniesta,di samping membantu Barcelona memenangi Copa De Ray,dia juga Berjaya membantu Sepanyol untuk menjuarai EURO 2012 dengan menguasai bahagian tengah dengan agak berkesan.
Pun begitu,peluang Messi dan Iniesta untuk memenangi Ballon D’Or pada 2013 bakal dicabar oleh penyerang sensasi Real Madrid,Cristiano Ronaldo yang dilihat agak cemerlang prestasinya pada musim lepas.Dengan kejayaannya membantu Real Madrid menghalang penguasaan Barcelona dalam LA Liga dan juga ketajaman penyudahnya yang Berjaya membawa Portugal ke separuh akhir EURO 2012,dilihat Cristiano Ronaldo berada di kemuncak prestasinya dan tidak mustahil juga untuk dikatakan bahawa Ballon D’Or pada kali ini akan kembali ke tangan Ronaldo yang mendapat jolokan sebagai CR7 itu.Walaubagaimanapun,semua yang tercalon untuk Ballon D’Or adalah pemain terbaik di dunia,jadi siapa yang berpeluang untuk memenanginya tidak boleh kita putuskan lagi…Cuma….Tunggu Dan Lihat…………….


Saturday, November 3, 2012

Kelantan Treble,Akhiri Spekulasi

3 piala yang berjaya diraih oleh Kelantan pada musim ini,bermula dengan Piala FA,Piala Liga Super dan terbaru Piala Malaysia.Reputasi ini sudah cukup untuk menggerunkan pihak lawan pada musim depan.Walaupun Kelantan bukanlah pasukan pertama yang meraih treble dalam Liga Malaysia,tetapi kejayaan yang diperolehi ini menjadikan Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia.Dengan kombinasi pemain yang sedia ada,tidak mustahil Kelantan dapat mempertahankan treble pada musim depan.Walaupun Kelantan pada awalnya Nampak sedikit goyah pada awal saingan di mana dapat dilihat jentera serangan Kelantan yang tidak berfungsi dengan baik,ramai yang berpendapat bahawa Kelantan pada tahun ini tidak sekuat pada musim lepas..Walaubagaimanapun,para pemain yang disokong oleh ratusan ribu penyokong setia,tampil cemerlang dan menemui rentak kemenangan untuk menyapu 3 piala pada tahun ini.
Dengan meleburkan misi 33 Selangor pada separuh akhir Piala Malaysia yang lepas dan juga memusnahkan penantian 46 tahun ATM pada final Piala Malaysia,semestinya reputasi Kelantan sebagai gergasi Liga Malaysia tidak perlu disangkal lagi.Kejayaan Kelantan pada tahun ini adalah disebabkan oleh semua pihak,bermula dari pengurusan,kejurulatihan,pemain dan paling penting pemain ke 12 kelantan iaitu penyokong yang selalu memberikan sokongan padu kepada pasukan.Kepercayaan yang diberikan oleh peminat dibalas oleh pemain dengan membawa balik 3 piala ke Bumi Kelantan walaupun terdapat spekulasi yang diterbitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini bahawa Kelantan telah dirasuah untuk memberikan kemenangan kepada ATM pada final Piala Malaysia.
Walaubagaimanapun,Pantang menyerah sebelum berlawan,itulah kata azimat yang dipegang oleh pemain-pemain Kelantan yang sedar bahawa hanya memenangi perlawanan itu dapat melenyapkan spekulasi yang seolah-olah ingin merosakkan pasukan Bola Sepak Kelantan.Hasilnya,Kelantan Berjaya membawa kembali Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan kembang yang di mana pada tahun lepas dirampas oleh Negeri Sembilan.Dengan berakhirnya Saingan Piala Malaysia,maka berduyun-duyun kelab dan juga persatuan negeri cuba memancing pemain-pemain yang Berjaya menempa nama sepanjang musim 2012.
Dengan tawaran yang begitu lumayan boleh membuatkan para pemain rambang mata untuk menerima tawaran yang datang dengan banyaknya.tapi kalau boleh,pihak persatuan neger dan juga kelab kena lah tahu peraturannya,jangan main sambar je pemain bintang.Ikut prosedur,berunding dengan majikan pemain itu untuk membincangkan pasal kontrak pemain itu dan barulah boleh berhubung dengan pemain tersebut,bukannya berhubung dengan pemain dahulu baru berhubung dengan pemain….walaubagaimanapun,musim depan menjanjikan saingan yang agak menarik dalam Liga Malaysia.


Tuesday, December 27, 2011

Katakan Tak Nak Kepada Rasuah Bola Sepak.....

Rasuah adalah satu cara yang sangat mudah dapat dilakukan untuk melingkupkan sesuatu institusi.Jadi tidak hairanlah ianya diperangi habis-habisan oleh kerajaan.Rasuah tidak sahaja berlaku dalam pentadbiran kerajaan,tetapi juga menyerap ke dalam bidang sukan terutama sekali bola sepak…Mungkin ramai yang masih ingat isu rasuah yang melanda Negara kita pada tahun 1994 kalau tak silap di mana sukan bola sepak Negara kita sedang berada di kemuncaknya dan mendapat sokongan dari segenap masyarakat.Tetapi,disangkakan panas sampai ke petang rupa2 nya hujan di tengah hari………sukan bola sepak di Malaysia tidak bertahan lama dan mengalami zaman gelapnya apabila manusia dibutakan dengan duit.
Pada ketika itu,ramai pemain kebangsaan dan jurulatih ditahan atas kesalahan rasuah dan mengatur perlawanan.Rentetan daripada itu,sukan bola sepak terus dipandang sepi oleh masyarakat dan memang diakaui,agak sukar sebenarnya untuk mengembalikan kepercayaan penyokong bila berlaku isu ini dalam bola sepak.Tetapi kini,kita dapat lihat bahawa sukan bola sepak tempatan kembali mendapat tempat di hati peminat bola sepak tanah air.Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh skuad senior mahupun Harimau Muda,meletakkan bola sepak pada ranking pertama di Malaysia.Bermula dengan kejayaan skuad emas Rajagopal di Laos yang Berjaya merangkul pingat emas,skuad Negara yang juga di bawah kendalian Datuk K Rajagopal tampil dengan lebih garang selepas itu apabila pertama kali Berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki yang mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baru bola sepak Asia Tenggara.Walaubagaimanapun rentetan kejayaan pasukan Negara tidak berakhir di situ,terbaru,pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee Berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas apabila Berjaya menundukkan pasukan pilihan sebagai juara,Indonesia di hadapan penyokong mereka sendiri seterusnya mengekalkan reputasi Malaysia sebagai jaguh Asia Tenggara.
Tetapi suara sumbang sejak kebelakangan ini yang mengaitkan kembali isu rasuah dalam bola sepak Negara seolah-olah ada pihak yang cuba mengulangi skrip pada tahun 1994.Di masa,bola sepak kita berada di puncak,di masa harapan menggunung disandarkan oleh samada penyokong bola sepak Negara mahupun liga tempatan,ternyata ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.Aktiviti mengatur perlawanan hangat dibincangkan oleh para penyokong yang berasa hairan melihat aksi sesuatu pasukan yang selalu menampilkan persembahan yang sememangnya berkeyakinan dan menarik tetapi pada suatu masa menampilkan aksi yang memang jauh beribu-ribu batu dari prestasi sebenar mereka.Pada tahun ini juga mungkin ramai yang sedar bahawa isu mengatur perlawanan ini mendapat liputan meluas media tempatan dan beberapa kali terpapar di muka depan surat khabar.Situasi ini sememangnya situasi yang tidak menyenangkan untuk pembangunan bola sepak Negara kita.
Jangan sambil membangun kita robohkan,kita bangunkan bola sepak kita tetapi kita musnahkan nilai2 kesukanan dengan mengamalkan rasuah dalam bola sepak……Jika perkara ini berlaku,mahukah kita untuk menunggu 15 tahun lagi untuk melihat bola sepak kita berdiri seperti sekarang?.Apa yang kita mahu adalah melihat bola sepak di Negara kita membentuk suatu graf garis lurus yang peningkatannya tidak terbatas dan kemerosotannya tidak sesekali.Diharapkan isu 1994 tidak berulang lagi dan jadikan peristiwa 1994 sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah yang tidak mungkin diulang lagi.Diharap isu ini juga tidak akan timbul lagi,dan ramai yang percaya bahawa pihak yang terbabit dengan bola sepak tempatan tidak akan memperdagangkan bola sepak tempatan bagi menjamin pembanguna bola sepak di Malaysia.



Friday, December 23, 2011

Unity Cup : Kelantan Diikat Persebaya FC

Sungguh mendebarkan detik 90 minit yang diharungi oleh pemain pasukan Kelantan apabila berdepan dengan Juara Liga Indonesia,Persebaya FC dalam perlawanan Unity Cup yang diadakan di Stadium keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-4.Pertembungan antara dua juara liga ini sememangnya dinantikan oleh para penyokong bola sepak tempatan terutama peminat fanatic The Red Warrior.Penguasaan bola jelas dimiliki oleh Persebaya walaupun dilihat banyak serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan.
Tetapi jelas kelihatan,Awang import Kelantan gagal menyerlah pada perlawanan ini apabila banyak peluang keemasan yang boleh dikatakan wajib gol gagal disudahi dengan baik walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Persebaya.Pada separuh masa pertama dilihat,banyak serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan ini tetapi gagal menjelmakan sebarang gol.Walaubagaimanapun,Kelantan terpaksa menelan keperitan lebih awal apabila pemain pertahanan Kelantan,Azizi Mat Rose dilayangkan kad merah selepas terjahan kasar dilakukannya ke atas pemain Persebaya.
Bermula pada separuh masa kedua,Kelantan Berjaya menembusi gawang Persebaya menerusi rembatan kencang Indera Putra selepas Berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti Persebaya walaupun rembatannya Berjaya ditepis oleh penjaga gol persebaya.Kegembiraan ini tidak bertahan lama kerana seorang lagi pemain Kelantan,Shahrul Azim dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Dengan 9 orang pemain,Kelantan dilihat agak goyang sedikit dan dilihat pengendali Kelantan,Butler mengambil keputusan drastik dengan membawa masuk Farisham bagi memperkuatkan benteng pertahanan di samping memasukkan Piya(Badhri Radzi) sebagai kapten yang juga nadi kepada pasukan Kelantan.
Dengan hanya 3 pemain pertahanan diletakkan di barisan Kelantan,peluang ini tidak dipersiakan oleh Persebaya apabila dilihat banyak serangan diatur dan akhirnya Berjaya menembusi gawang yang dijaga oleh penjaga gol muda,Syazwan menerusi gerakan solo pemain sayap,Andik.Perlawanan ini berakhir seri dengan jaringan 1-1 dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 28 Disember ini di Indonesia.Tetapi yang jelas,perlawanan persahabatan yang agak kompetetif ini adalah medan terbaik untuk menguji pemain2 import Kelantan dan juga keserasian antara pemain.Walaubagaimanpun,kredit dan pujian harus diberikan kepada pasukan Kelantan kerana Berjaya menangani asakan di samping Berjaya melancarkan banyak serangan berbahaya walaupun hanya bermain dengan 9 orang pemain.Diharap Kelantan yang membawa nama Malaysia Berjaya menumbangkan Persebaya pada aksi timbal balik nanti.


Thursday, December 22, 2011

Kereta Idaman Lelaki Melayu Terakhir.......

Orang zaman sekarang dan orang zaman dulu memang banyak perbezaan.Jika orang zaman dulu2,ada duit,kahwin laa perkara first yang diorang fikir,tapi orang zaman sekarang,kalau ada duit,benda berharga dulu yang mereka fikir sebelum sebut pasal kahwin especially kaum Adam…..Memiliki kereta idaman merupakan salah satu perkara yang selalu bermain di fikiran kaum lelaki.Bagi yang begitu fanatik dengan kereta,wang ringgit itu belakang kira,tetapi kepuasan memiliki kereta idaman menjadi keutamaan.Mungkin ramai antara kita telah memasang impian untuk memiliki sebuah kereta mewah sejak kecil lagi…..mungkin ada elok juga kita memasang impian untuk memiliki sebuah kereta mewah pada suatu hari nanti sejak kecil lagi kerana sedikit sebanyak ianya dapat memberikan kita motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengecapi impian itu.Kita boleh lihat sekarang ini,kereta mewah mendapat banyak permintaan dari pelbagai pihak terutama sekali kaum lelaki,oleh itu banyak syarikat telah ditubuhkan bagi membekalkan kereta mewah yang terhangat dipasaran lah konon-kononnya.Ferrari,Volkswagen dan Audi adalah antara brand yang paling laris dan diminati oleh orang ramai.Dengan nilainya yang mencecah ratusan ribu bahkan ada yang mencecah jutaan ringgit,pastinya pemiliknya juga bukan orang sebarangan.Sambil2 itu…jom terjah beberapa gambar kereta mewah yang jadi rebutan laa konon2 nya di bawah ini… ..







Ooo…baru aku ingat,aku pernah lihat satu page nii…..dalam tuu memang ada tunjuk kereta idaman akulah sejak dulu lagi,tapi bilalah aku dapat memilikinya………..


Betul ke makan...tido.....boleh jadi awet muda??

Jadi awet muda adalah impian kebanyakan orang bila sudah melangkah ke usia 40 tahun walaupun ada yang tidak ambil peduli sangat pasal benda ini….Adalah satu pembohongan apabila kita katakan yang hanya sebilangan kecil sahaja yang mengimpikan kulit yang tidak berkedut atau dalam istilah diketahui ramai iaitu awet muda.Kalau dulu untuk kekal awet muda ramai yang menggunakan susuk,tetapi sekarang orang dah tak main susuk-menyusuk nii…sekarang zaman moden,orang guna botox pulak.Dengan cucuk sana sini dpat mengembalikan kulit ketika masa muda2 dulu.Nak hidung yang mancung cucuk di hidung…nak bibir yang seksi bak Angelina Jolie gitu,cucuk di bibir(lama-kelamaan bibir yang seksi bertukar menjadi bibir yang seksa).
Mesti ramai yang terkejut dengan tajuk entry kali nii…dan ade yang mula persoalkan…”hah!! Ye kew boleh jadi awet muda dengan makan dan tido je?x cayelah”.Walau apepun yang dipersoalkan,izinkan tuan punya blog nii untuk explain maksud di sebalik tajuk nii.Ya memang betul,kita boleh jadi awet muda dengan hanya makan……tido…..makan….tido……sebab dengan makan..tido…kita akan memudahkan lemak untuk berkampung dalam tubuh kita seterusnya menyebabkan obesity serta memudahkan risiko heart attack dan menyebabkan kematian pada umur muda….Jadi betullah dapat jadi awet muda dengan makan dan tido je……Mengikut sumber yang boleh dipercayai,ramai orang diserang silent heart attack pada usia muda disebabkan tabiat makan..tido ni..tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal…….Tapi entry kali ini,bukan nak cerita pasal awet muda sebenarnya,tetapi nak cerita pasal gaya hidup sihat……..
Bila sebut sahaja gaya hidup sihat nii kan…bukan saja meliputi aspek aktiviti fizikal je,bahkan meliputi gaya pemakanan yang perlu diambil oleh tubuh seorang manusia.Berbicara pasal pemakanan kan….semestinya sayur-sayuran hendaklah diutamakan dan benda2 manis tu kalau boleh kasi kuranglah sikit.Sebut pasal manis jugak,mesti ramai yang melabelkan orang Kelantan je yang suka manis(of course laa…tengok orangnya pulak semua Nampak manis),baik dari segi minuman mahupun masakan.Tetapi bukan orang Kelantan saja yang suka manis,orang sebelah luar Kelantan pun suka manis…….kalau tidak manakan orang negeri lain dapt jugak penyakit diabetes….walaubagaimanpun,orang Kelantan tetap penghidap diabetes yang paling tinggi di Malaysia.Gaya hidup sihat adalah amat penting dalam kehidupan semua orang tidak kira yang tua,muda,miskin,kaya,lelaki,perempuan mahupun berpangkat atau tidak berpangkat bagi memastikan tubuh badan sentiasa sihat.Kalau ada duit banyak pun tak guna kalau kena banyak penyakit tambah2 pada usia muda….Kalau dah kena penyakit nii,paham2 je laa….dia datang kejapje pergi tuu yang susah….ada yang singgah kejap je….ade yang pergi sambil bawak tubuh tuu skali………Jadi sesiapa yang tak nak jadi ‘awet muda’ amalkanlah gaya hidup sihat dan sesiapa yang nak jadi ‘awet muda’ maka amalkanlah kerja makan….tido…tuu..
Antara cara2 untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah:
1)Pemakanan seimbang – guna pyramid makanan dalam menentukan jumlah makanan yang perlu
Diambil mengikut kelas makanan

2)Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu(lagi kerap lagi elok)


Wednesday, December 21, 2011

Persaingan Sengit 2 Kelab Dari Manchester

Dipisahkan 2 mata dari pencabar terdekat Manchester United merupakan kedudukan yang masih lagi tidak selamat untuk Manchester City untuk terus meneraju liga sehingga ke penghujung musim…malah kebangkitan United dapat dilihat oleh banyak pihak semenjak ditunjukkan jalan keluar dari perebutan Piala Liga Juara-jiara pada musim ini.
Nampaknya misi mempertahankan kejuaraan dan misi memburu gelaran ke 20 masih menjadi agenda yang penting bagi Manchester United.Dengan kebangkitan yang ditunjukkan ini,Manchester City sedar bahawa mereka tidak boleh lagi tercicir mata dalam mana2 perlawanan kerana setiap keputusan seri atau kalah yang dicatatkan kerana bukan sahaja bakal mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan berjiran ini bahkan boleh menghalang dominasi City dari terus menerajui liga sehingga ke hujung musim.Apa yang pasti perjalanan liga masih lagi jauh dan rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk City mendabik dada dan bermegah-megah dengan kejayaan yang dicapai setakat ini….hanya konsistensi sahaja yang menjadi kunci kepada kejayaan menerajui liga sehingga ke hujung msim.
Walaupun ada sesetengah pasukan sudah mengalah dalam merebut piala Liga Perdana Inggeris pada musim ini..tetapi apa yang dapat dilihat kedua-dua pasukan dari Manchester ini masih rancak dan semakin sengit bersaing untuk mendahului antara satu sama lain sambil diikut dari belakang oleh Chelsea dan Totenham.Walaupun ramai tonggak utama United dibelenggu kecederaan,tetapi itu tidak menjadi masalah untuk pengurus dari Scotland,Sir Alex Ferguson untuk menurunkan pemain yang lain yang mempunyai kualiti yang hamper sama bahkan lebih baik berbanding pemain bintang yang sedia ada.Walaupun pada musim ini,kita dapat lihat kebanyakan pemain yang membarisi kesebelasan utama United adalah pemain muda yang belum lagi menempah nama di pentas antarabangsa,tetapi Fergie tetap optimis yang pemain yang disandarkan harapan olehnya itu mampu mempertahankan gelaran yang dimenangi pada musim lepas walaupun pada awalnya banyak pihak yang kurang berkeyakinan dengan skuad yang diatur olehnya.
Pada awal musim Ferguson pernah berkata bahawa ancaman yang besar dalam misi mempertahankan piala liga perdana bakal diberikan oleh Chelsea dan menafikan City dalam senarai ancaman dan pencabar yang berbahaya kepada United pada musim ini.Tetapi melihatkan kepada keadaan sekarang,mungkin beliau seharusnya menerima hakikat bahawa City merupakan kelab yang patut diberi perhatian dan perlu ditumpaskan pada musim ini jika mahu Piala EPL terus diarak di Old Trafford pada hujung musim ini.Walaubagaimanapun,persaingan sengit antara 2 kelab berjiran ini menjadikan para penonton tertunggu-tunggu pada setiap minggu terhadap perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan ini dan dapat dilihat sekarang, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang seimbang menjadikan liga perdana inggeris lebih kompetetif.