Tuesday, December 27, 2011

Katakan Tak Nak Kepada Rasuah Bola Sepak.....

Rasuah adalah satu cara yang sangat mudah dapat dilakukan untuk melingkupkan sesuatu institusi.Jadi tidak hairanlah ianya diperangi habis-habisan oleh kerajaan.Rasuah tidak sahaja berlaku dalam pentadbiran kerajaan,tetapi juga menyerap ke dalam bidang sukan terutama sekali bola sepak…Mungkin ramai yang masih ingat isu rasuah yang melanda Negara kita pada tahun 1994 kalau tak silap di mana sukan bola sepak Negara kita sedang berada di kemuncaknya dan mendapat sokongan dari segenap masyarakat.Tetapi,disangkakan panas sampai ke petang rupa2 nya hujan di tengah hari………sukan bola sepak di Malaysia tidak bertahan lama dan mengalami zaman gelapnya apabila manusia dibutakan dengan duit.
Pada ketika itu,ramai pemain kebangsaan dan jurulatih ditahan atas kesalahan rasuah dan mengatur perlawanan.Rentetan daripada itu,sukan bola sepak terus dipandang sepi oleh masyarakat dan memang diakaui,agak sukar sebenarnya untuk mengembalikan kepercayaan penyokong bila berlaku isu ini dalam bola sepak.Tetapi kini,kita dapat lihat bahawa sukan bola sepak tempatan kembali mendapat tempat di hati peminat bola sepak tanah air.Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh skuad senior mahupun Harimau Muda,meletakkan bola sepak pada ranking pertama di Malaysia.Bermula dengan kejayaan skuad emas Rajagopal di Laos yang Berjaya merangkul pingat emas,skuad Negara yang juga di bawah kendalian Datuk K Rajagopal tampil dengan lebih garang selepas itu apabila pertama kali Berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki yang mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baru bola sepak Asia Tenggara.Walaubagaimanapun rentetan kejayaan pasukan Negara tidak berakhir di situ,terbaru,pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee Berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas apabila Berjaya menundukkan pasukan pilihan sebagai juara,Indonesia di hadapan penyokong mereka sendiri seterusnya mengekalkan reputasi Malaysia sebagai jaguh Asia Tenggara.
Tetapi suara sumbang sejak kebelakangan ini yang mengaitkan kembali isu rasuah dalam bola sepak Negara seolah-olah ada pihak yang cuba mengulangi skrip pada tahun 1994.Di masa,bola sepak kita berada di puncak,di masa harapan menggunung disandarkan oleh samada penyokong bola sepak Negara mahupun liga tempatan,ternyata ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.Aktiviti mengatur perlawanan hangat dibincangkan oleh para penyokong yang berasa hairan melihat aksi sesuatu pasukan yang selalu menampilkan persembahan yang sememangnya berkeyakinan dan menarik tetapi pada suatu masa menampilkan aksi yang memang jauh beribu-ribu batu dari prestasi sebenar mereka.Pada tahun ini juga mungkin ramai yang sedar bahawa isu mengatur perlawanan ini mendapat liputan meluas media tempatan dan beberapa kali terpapar di muka depan surat khabar.Situasi ini sememangnya situasi yang tidak menyenangkan untuk pembangunan bola sepak Negara kita.
Jangan sambil membangun kita robohkan,kita bangunkan bola sepak kita tetapi kita musnahkan nilai2 kesukanan dengan mengamalkan rasuah dalam bola sepak……Jika perkara ini berlaku,mahukah kita untuk menunggu 15 tahun lagi untuk melihat bola sepak kita berdiri seperti sekarang?.Apa yang kita mahu adalah melihat bola sepak di Negara kita membentuk suatu graf garis lurus yang peningkatannya tidak terbatas dan kemerosotannya tidak sesekali.Diharapkan isu 1994 tidak berulang lagi dan jadikan peristiwa 1994 sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah yang tidak mungkin diulang lagi.Diharap isu ini juga tidak akan timbul lagi,dan ramai yang percaya bahawa pihak yang terbabit dengan bola sepak tempatan tidak akan memperdagangkan bola sepak tempatan bagi menjamin pembanguna bola sepak di Malaysia.



Friday, December 23, 2011

Unity Cup : Kelantan Diikat Persebaya FC

Sungguh mendebarkan detik 90 minit yang diharungi oleh pemain pasukan Kelantan apabila berdepan dengan Juara Liga Indonesia,Persebaya FC dalam perlawanan Unity Cup yang diadakan di Stadium keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-4.Pertembungan antara dua juara liga ini sememangnya dinantikan oleh para penyokong bola sepak tempatan terutama peminat fanatic The Red Warrior.Penguasaan bola jelas dimiliki oleh Persebaya walaupun dilihat banyak serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan.
Tetapi jelas kelihatan,Awang import Kelantan gagal menyerlah pada perlawanan ini apabila banyak peluang keemasan yang boleh dikatakan wajib gol gagal disudahi dengan baik walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Persebaya.Pada separuh masa pertama dilihat,banyak serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan ini tetapi gagal menjelmakan sebarang gol.Walaubagaimanapun,Kelantan terpaksa menelan keperitan lebih awal apabila pemain pertahanan Kelantan,Azizi Mat Rose dilayangkan kad merah selepas terjahan kasar dilakukannya ke atas pemain Persebaya.
Bermula pada separuh masa kedua,Kelantan Berjaya menembusi gawang Persebaya menerusi rembatan kencang Indera Putra selepas Berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti Persebaya walaupun rembatannya Berjaya ditepis oleh penjaga gol persebaya.Kegembiraan ini tidak bertahan lama kerana seorang lagi pemain Kelantan,Shahrul Azim dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Dengan 9 orang pemain,Kelantan dilihat agak goyang sedikit dan dilihat pengendali Kelantan,Butler mengambil keputusan drastik dengan membawa masuk Farisham bagi memperkuatkan benteng pertahanan di samping memasukkan Piya(Badhri Radzi) sebagai kapten yang juga nadi kepada pasukan Kelantan.
Dengan hanya 3 pemain pertahanan diletakkan di barisan Kelantan,peluang ini tidak dipersiakan oleh Persebaya apabila dilihat banyak serangan diatur dan akhirnya Berjaya menembusi gawang yang dijaga oleh penjaga gol muda,Syazwan menerusi gerakan solo pemain sayap,Andik.Perlawanan ini berakhir seri dengan jaringan 1-1 dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 28 Disember ini di Indonesia.Tetapi yang jelas,perlawanan persahabatan yang agak kompetetif ini adalah medan terbaik untuk menguji pemain2 import Kelantan dan juga keserasian antara pemain.Walaubagaimanpun,kredit dan pujian harus diberikan kepada pasukan Kelantan kerana Berjaya menangani asakan di samping Berjaya melancarkan banyak serangan berbahaya walaupun hanya bermain dengan 9 orang pemain.Diharap Kelantan yang membawa nama Malaysia Berjaya menumbangkan Persebaya pada aksi timbal balik nanti.


Thursday, December 22, 2011

Kereta Idaman Lelaki Melayu Terakhir.......

Orang zaman sekarang dan orang zaman dulu memang banyak perbezaan.Jika orang zaman dulu2,ada duit,kahwin laa perkara first yang diorang fikir,tapi orang zaman sekarang,kalau ada duit,benda berharga dulu yang mereka fikir sebelum sebut pasal kahwin especially kaum Adam…..Memiliki kereta idaman merupakan salah satu perkara yang selalu bermain di fikiran kaum lelaki.Bagi yang begitu fanatik dengan kereta,wang ringgit itu belakang kira,tetapi kepuasan memiliki kereta idaman menjadi keutamaan.Mungkin ramai antara kita telah memasang impian untuk memiliki sebuah kereta mewah sejak kecil lagi…..mungkin ada elok juga kita memasang impian untuk memiliki sebuah kereta mewah pada suatu hari nanti sejak kecil lagi kerana sedikit sebanyak ianya dapat memberikan kita motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengecapi impian itu.Kita boleh lihat sekarang ini,kereta mewah mendapat banyak permintaan dari pelbagai pihak terutama sekali kaum lelaki,oleh itu banyak syarikat telah ditubuhkan bagi membekalkan kereta mewah yang terhangat dipasaran lah konon-kononnya.Ferrari,Volkswagen dan Audi adalah antara brand yang paling laris dan diminati oleh orang ramai.Dengan nilainya yang mencecah ratusan ribu bahkan ada yang mencecah jutaan ringgit,pastinya pemiliknya juga bukan orang sebarangan.Sambil2 itu…jom terjah beberapa gambar kereta mewah yang jadi rebutan laa konon2 nya di bawah ini… ..







Ooo…baru aku ingat,aku pernah lihat satu page nii…..dalam tuu memang ada tunjuk kereta idaman akulah sejak dulu lagi,tapi bilalah aku dapat memilikinya………..


Betul ke makan...tido.....boleh jadi awet muda??

Jadi awet muda adalah impian kebanyakan orang bila sudah melangkah ke usia 40 tahun walaupun ada yang tidak ambil peduli sangat pasal benda ini….Adalah satu pembohongan apabila kita katakan yang hanya sebilangan kecil sahaja yang mengimpikan kulit yang tidak berkedut atau dalam istilah diketahui ramai iaitu awet muda.Kalau dulu untuk kekal awet muda ramai yang menggunakan susuk,tetapi sekarang orang dah tak main susuk-menyusuk nii…sekarang zaman moden,orang guna botox pulak.Dengan cucuk sana sini dpat mengembalikan kulit ketika masa muda2 dulu.Nak hidung yang mancung cucuk di hidung…nak bibir yang seksi bak Angelina Jolie gitu,cucuk di bibir(lama-kelamaan bibir yang seksi bertukar menjadi bibir yang seksa).
Mesti ramai yang terkejut dengan tajuk entry kali nii…dan ade yang mula persoalkan…”hah!! Ye kew boleh jadi awet muda dengan makan dan tido je?x cayelah”.Walau apepun yang dipersoalkan,izinkan tuan punya blog nii untuk explain maksud di sebalik tajuk nii.Ya memang betul,kita boleh jadi awet muda dengan hanya makan……tido…..makan….tido……sebab dengan makan..tido…kita akan memudahkan lemak untuk berkampung dalam tubuh kita seterusnya menyebabkan obesity serta memudahkan risiko heart attack dan menyebabkan kematian pada umur muda….Jadi betullah dapat jadi awet muda dengan makan dan tido je……Mengikut sumber yang boleh dipercayai,ramai orang diserang silent heart attack pada usia muda disebabkan tabiat makan..tido ni..tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal…….Tapi entry kali ini,bukan nak cerita pasal awet muda sebenarnya,tetapi nak cerita pasal gaya hidup sihat……..
Bila sebut sahaja gaya hidup sihat nii kan…bukan saja meliputi aspek aktiviti fizikal je,bahkan meliputi gaya pemakanan yang perlu diambil oleh tubuh seorang manusia.Berbicara pasal pemakanan kan….semestinya sayur-sayuran hendaklah diutamakan dan benda2 manis tu kalau boleh kasi kuranglah sikit.Sebut pasal manis jugak,mesti ramai yang melabelkan orang Kelantan je yang suka manis(of course laa…tengok orangnya pulak semua Nampak manis),baik dari segi minuman mahupun masakan.Tetapi bukan orang Kelantan saja yang suka manis,orang sebelah luar Kelantan pun suka manis…….kalau tidak manakan orang negeri lain dapt jugak penyakit diabetes….walaubagaimanpun,orang Kelantan tetap penghidap diabetes yang paling tinggi di Malaysia.Gaya hidup sihat adalah amat penting dalam kehidupan semua orang tidak kira yang tua,muda,miskin,kaya,lelaki,perempuan mahupun berpangkat atau tidak berpangkat bagi memastikan tubuh badan sentiasa sihat.Kalau ada duit banyak pun tak guna kalau kena banyak penyakit tambah2 pada usia muda….Kalau dah kena penyakit nii,paham2 je laa….dia datang kejapje pergi tuu yang susah….ada yang singgah kejap je….ade yang pergi sambil bawak tubuh tuu skali………Jadi sesiapa yang tak nak jadi ‘awet muda’ amalkanlah gaya hidup sihat dan sesiapa yang nak jadi ‘awet muda’ maka amalkanlah kerja makan….tido…tuu..
Antara cara2 untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah:
1)Pemakanan seimbang – guna pyramid makanan dalam menentukan jumlah makanan yang perlu
Diambil mengikut kelas makanan

2)Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu(lagi kerap lagi elok)


Wednesday, December 21, 2011

Persaingan Sengit 2 Kelab Dari Manchester

Dipisahkan 2 mata dari pencabar terdekat Manchester United merupakan kedudukan yang masih lagi tidak selamat untuk Manchester City untuk terus meneraju liga sehingga ke penghujung musim…malah kebangkitan United dapat dilihat oleh banyak pihak semenjak ditunjukkan jalan keluar dari perebutan Piala Liga Juara-jiara pada musim ini.
Nampaknya misi mempertahankan kejuaraan dan misi memburu gelaran ke 20 masih menjadi agenda yang penting bagi Manchester United.Dengan kebangkitan yang ditunjukkan ini,Manchester City sedar bahawa mereka tidak boleh lagi tercicir mata dalam mana2 perlawanan kerana setiap keputusan seri atau kalah yang dicatatkan kerana bukan sahaja bakal mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan berjiran ini bahkan boleh menghalang dominasi City dari terus menerajui liga sehingga ke hujung musim.Apa yang pasti perjalanan liga masih lagi jauh dan rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk City mendabik dada dan bermegah-megah dengan kejayaan yang dicapai setakat ini….hanya konsistensi sahaja yang menjadi kunci kepada kejayaan menerajui liga sehingga ke hujung msim.
Walaupun ada sesetengah pasukan sudah mengalah dalam merebut piala Liga Perdana Inggeris pada musim ini..tetapi apa yang dapat dilihat kedua-dua pasukan dari Manchester ini masih rancak dan semakin sengit bersaing untuk mendahului antara satu sama lain sambil diikut dari belakang oleh Chelsea dan Totenham.Walaupun ramai tonggak utama United dibelenggu kecederaan,tetapi itu tidak menjadi masalah untuk pengurus dari Scotland,Sir Alex Ferguson untuk menurunkan pemain yang lain yang mempunyai kualiti yang hamper sama bahkan lebih baik berbanding pemain bintang yang sedia ada.Walaupun pada musim ini,kita dapat lihat kebanyakan pemain yang membarisi kesebelasan utama United adalah pemain muda yang belum lagi menempah nama di pentas antarabangsa,tetapi Fergie tetap optimis yang pemain yang disandarkan harapan olehnya itu mampu mempertahankan gelaran yang dimenangi pada musim lepas walaupun pada awalnya banyak pihak yang kurang berkeyakinan dengan skuad yang diatur olehnya.
Pada awal musim Ferguson pernah berkata bahawa ancaman yang besar dalam misi mempertahankan piala liga perdana bakal diberikan oleh Chelsea dan menafikan City dalam senarai ancaman dan pencabar yang berbahaya kepada United pada musim ini.Tetapi melihatkan kepada keadaan sekarang,mungkin beliau seharusnya menerima hakikat bahawa City merupakan kelab yang patut diberi perhatian dan perlu ditumpaskan pada musim ini jika mahu Piala EPL terus diarak di Old Trafford pada hujung musim ini.Walaubagaimanapun,persaingan sengit antara 2 kelab berjiran ini menjadikan para penonton tertunggu-tunggu pada setiap minggu terhadap perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan ini dan dapat dilihat sekarang, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang seimbang menjadikan liga perdana inggeris lebih kompetetif.



Tuesday, December 20, 2011

Antara Skuad Harimau Muda Dan Skuad Senior....Mana Lebih Hebat?

Mana lebih Hebat….pasukan Harimau Muda ke pasukan skuad senior?Mungkin ramai yang bertanyakan pasal benda nii.Sebenarnya kedua2 nya hebat,Kalau tidak hebat manakan dapat piala AFF Suzuki dan manakan dapat dipertahankan pingat emas sukan sea.Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.Dilihat pasukan senior mempunyai bahagian penyerang yang mantap dan berbisa dibandingkan pasukan Harimau muda……dengan gandingan penyerang yang dikatakan jelmaan SuperMokh iaitu Safee Sali dengan Norshahrul idlan Talaha(Mat Yo) dalam pasukan senior,boleh dikatakan bahawa skuad senior Negara mempunyai pakej yang lengkap untuk merobek kubu lawan.
Walaubagaimanapun,penyerang yang mantap tidak menjanjikan kejayaan dalam satu2 perlwanan jika tidak disusuli dengan pertahanan yang kental.Ini jelas kelihatan bahawa skuad senior sememangnya kurang kekentalannya di bahagian pertahanan berbanding skuad Harimau Muda.kadang2 Perasaan hairan tu ada juga,kenapa pertahanan skuad senior kurang kental berbanding skuad Harimau Muda sedangkan pemain yang membarisi bahagian pertahanan kedua-dua skuad Negara ini ialah pemain yang sama.Samada silap percaturan ke….silap pemain ke itu tidak dapat dipastikan.ini dapat dilihat semasa perlawanan kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapore di mana banyak gol yang diperolehi oleh Singapore adalah gol mudah hasil kesilapan pertahanan.
Tetapi hal ini berbeza dengan skuad Harimau Muda di mana pasukan ini mempunyai pertahanan yang agak kental tetapi penyudahnya pula yang merunsingkan pengendalinya,Ong Kim Swee.Di mana kita dapat lihat…dalam setiap perlawanan banyak peluang gol dapat dicipta Harimau Muda tetapi hanya satu atau dua dan mungkin tiada dapat disudahkan untuk diterjemahkan kepada gol.Memang tidak boleh disalahkan juga kepada penyerangnya kerana mungkin faktor pengalaman yang menjadi punca kepada ketumpulan jentera serangan Harimau Muda.
Melihat kepada masalah ini,saya pasti kedua-dua pengendali skuad Negara ini iaitu Datuk K Rajagopal dan Ong Kim Swee sudah melakukan post mortem untuk mengenal pasti dan menutup kelemahan itu dan saya pasti kedua-dua skuad ini khususnya skuad Harimau Muda telah menunjukkan peningkatan prestasi selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bagi mengharungi perlawanan antarabangsa pada masa akan dating.Walaupun mempunyai perbezaan,namun semua orang tahu kedua-dua skuad Negara ini mempunyai satu misi yang sama iaitu menggalas harapan Negara khususnya rakyat Malaysia untuk menjadi satu kuasa bola sepak yang berpengaruh di peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.Tidak mustahil suatu hari nanti ianya dapat dicapai.




Awas...Artikel Ini Tidak Sesuai Untuk Tatapan Bawah Umur.

Bila aku letak tajuk entry aku nii…aku tahu apa yang kebanyakan orang akan fikir…….mungkin dengan meletakkan tajuk itu,aku pasti mesti perasaan ingin tahu orang yang melihat tajuk ini membuak-buak,,adakah aku akan ceritakan apa yang difikirkannya.
Dari duk asyik post entry pasal bola,sekali-sekala nak jugak post pasal benda len kan?.Hiraukan apa yang korang fikirkan kerana aku x akan ceritakan apa yang korang fikirkan..Aku Cuma mahu ceritakan pasal daftar pemilih untuk pilihan raya nii.Al maklumlah pilihan raya kan sudah dekat.Betul kan tajuk aku….”Artikel Ini Tidak Sesuai Tatapan Bawah Umur”,yelaa…..yang nak mengundi kan umur 21 tahun ke atas,so buat ape yang bawah umur nak ambik tahu kan?(wlaupun taun depan baru aku msuk 21 tahun)Bagi yang cukup umur tu,bolehlaa korang semak daftar pemilih dan bagi yang belum daftar hendaklah berbuat demikian secepat mungkin kerana dijangka pilihan raya umum(PRU) akan diadakan tidak lama lagi.Bukan niat dihati untuk berpolitik dan memihak mana2 parti,tetapi sebagai peringatan kepada semua supaya menjalankan tanggungjawab sebagai warga Malaysia yang berkelayakan untuk mengundi.
Adalah lebih baik kita salurkan ketidakpuasan hati kita ataupun sokongan kita melalui pilihan raya daripada duduk menghentam membuta tuli dan sebarkan benda2 yg tidak patut.Ingat suara rakyat lebih besar dari kuasa pemerintah,setiap undian akan menentukan arah tuju Negara kita…..Setiap orang ada fahaman dia masing2….siapa yang dia nk pilih tuu lantak dia lah…yang penting dia menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Memang tidak dapat dinafikan,dalam setiap PRU yang lepas,SPR melaporkan masih ramai yang tidak mengundi walaupun mereka sudah memenuhi kriteria sebagai pengundi yang sah.berikut merupakan antara beberapa cara untuk mendaftar sebagai pengundi(bagi yang belum daftar)
1) Secara Online di website SPR
2) Daftar terus di pejabat SPR
3) Pejabat Pos
4) Pejabat kedutaan (luar negara)
Manakala untuk menyemak daftar pemilih,ianya boleh dilakukan melalui website SPR ataupun melalui sms iaitu dengan menaip SPR No.I/C dan hantar ke 15888.Contoh SPR 80xxxx0352xx dan hantarkan ke 15888.jadi renung-renungkan dan selamat beramal………

p/s : sebelum start berkempen di kedai kopi……baik check dulu daftar pemilih…kot2 belum daftar lagi.
artikel ini hanya sebagai peringatan untuk mendaftar sebagai pengundi....tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.




Sudahkan anda mendaftar sebagai daftar pemilih...semak di sini untuk mengetahui status anda.Klik di sini....(ini bukan scam)




Monday, December 19, 2011

Van Persie Bakal 'Dipancing' City

Manchester City dikhabarkan bersedia memasang jerat untuk menarik Robin Van Persie menyertai pasukan dari Manchester itu pada musim panas ini.Dengan bersedia menawarkan kontrak sebanyak 41.6 juta pound kepada Van Persie,mereka berandaian bahawa Van Persie akan meninggalkan The Gunner kerana setakat ini,dia belum menandatangani kontrak baru di Emirates.Mengikut berita yang dilaporkan juga,City bersedia menawarkan gaji sebanyak 200,000 pound seminggu(1 juta RM) kepada Van Persie di samping kontrak 4 tahun sekiranya bersetuju menyertai City.
Kelab paling kaya di EPL ini dilihat sentiasa tidak berpuas hati dengan pemain yang ada….dengan rangkaian penyerang yang agak berbisa seperti Aguero,Balotelli dan Dzeko serta Tevez…..ternyata City tidak akan ketandusan penyerang andai kata penyerang utamanya Aguero ditimpa kecederaan.Tetapi apa sebenarnya perancangan Macini atas rancangan untuk membeli Van Persie…habis semua pemain star disambar…(kalaulah Messi boleh dibeli,mungkin Macini akan menyuruh pegawainya bergegas ke Barcelona untuk berunding)…tidak lama lagi mungkin Etihad Stadium akan menjadi port untuk pemain bintang berkumpul dan senang sikit kot untuk peminat yang hendak jumpa pemain terkenal di dunia.Walaubagaimanapun,ramai yang berpendapat bahawa tindakan City membawa masuk nama yang sudah popular adalah satu perancangan jangka pendek yang mengkehendaki kejayaan segera dan bukannya pelan jangka panjang untuk pembangunan bola sepak pada masa hadapan.
Kalaulah Van Persie menyertai City,adakah masa depannya akan berakhir seperti Carlos Tevez yang dianak tirikan oleh Macini.Memang benar,beberapa tahun lepas,Tevez merupakan ayam tambatan City sehingga diberi kepercayaan mengemudi pasukan itu.Prestasinya pada ketika itu yang menyamai prestasi Van Persie pada masa kini yang sentiasa menjaringkan gol menjadi kebanggaan Macini dan sentiasa diletakkan dalam kesebelasan utama.Tetapi kini lihatlah,nak main first eleven pun x dapat…nak keluar dari City pun dikenakan banyak syarat oleh City…hendakkan yuran perpindahan tinggilah..itulah…..(nampaknya sampai tua lah duduk di bangku simpanan).
Melihatkan nasib Tevez ini,mungkin ramai penyokong Robin van persie(RVP) diluar sana mengharapkan RVP untuk setia di Emirates dan sudah tentu pengurus Arsenal,Arsene Wenger akan melakukan sesuatu untuk mengekalkan kapten Arsenal itu yang merupakan nadi penting kepada pasukannya pada masa kini selepas kehilangan Fabregas yang berhijrah ke Barcelona…Jadi sama2 lah kita tunggu apa keputusannya nanti.




Barca Baham Santos di Bumi Samurai

Barca hentam Santos…….. Barca kenduri gol di jepun dan macam2 lagi tajuk yang dicipta oleh para blogger selepas berakhirnya perlawanan akhir piala kelab dunia yang menemukan Santos dan Barcelona….Sememangnya reputasi Barca sebagai kelab terbaik dunia pada masa kini tidak perlu lagi disangkal,malah sudah terang lagi bersuluh bahawa kelab di bawah kendalian bekas pemainnya,Pep Guardiola yang dibarisi oleh ramai pemain bintang berada di kemuncak prestasinya untuk meraih apa sahaja saingan piala yang disertainya.
Mungkin ramai yang sudah menjangka bahawa Barca yang akan bergelar juara dunia kelab,tetapi mungkin tidak ramai yang menjangkakan bilangan gol yang dapat dicipta oleh Barca semasa perlawanan akhir tersebut.Dengan skor 4-0,jelas memperlihatkan bahawa masih ada perbezaan yang ketara antara pasukan Barca dan juga Santos…..Dalam perlawanan akhir itu,bintang Barcelona,Lionel Messi terlebih dahulu mengejutkan Santos dengan gol pembukaan pada minit 17 dan diikuti gol hasil ledakan Xavi pada minit ke 24….ketika pengadil hampir meniupkan wisel penamat bagi menandakan tamat separuh masa pertama,Santos sekali lagi dikejutkan gol yang dijaring oleh bekas kapten Arsenal, Fabregas.namun begitu,pesta gol Barca tidak berhenti setakat itu kerana pada separuh masa kedua,minit 82…Messi meledakkan gol kedua peribadinya untuk mematikan terus semangat juang barisan pemain Santos.
Walaupun Santos dibarisi oleh pemain yang meningkat naik sekarang ini iaitu Neymar,tetapi Santos masih gagal menembusi gawang Barca walaupun 1 gol.Mungkin ramai juga yang berharap sebelum perlawanan supaya rekod cemerlang Barcelona di Pentas dunia dapat dicalari oleh Santos.Ini disebabkan,setakat ini mana2 pasukan yang berentap dengan Barca di kejohanan dunia ataupun piala berprestij,pasti akan pulang dengan kekecewaan dan masih tiada pasukan yang boleh menyaingi Barca.
Pada perlawanan akhir antara Santos dan Barca juga,tumpuan juga diberikan kepada kedua-dua ayam tambatan Santos dan Barca iaitu Neymar(Santos) dan Messi(Barca).Walaubagaimanapun,dengan pengalaman yang banyak di pentas antarabangsa,terbukti pada masa ini,jelmaan Maradona adalah lebih berbisa berbanding jelmaan Pele.Mungkin dengan usia Messi sekarang,dia benar2 berada dipuncak prestasinya dan tidak mustahil juga Neymar yang ketika ini berumur 19 tahun akan menjadi sehebat Messi masa kini bahkan lebih hebat lagi pada masa hadapan kerana perjalanan karier bola sepaknya masih jauh lagi. Apa2 pun,perlawanan akhir itu adalah satu perlawanan yang agak menarik walaupun tiada tentangan yang sengit dipersembahkan oleh Santos.




Saturday, December 17, 2011

David Villa Diketepikan Sehingga Hujung Musim

Satu khabar yang cukup mengecewakan bagi penyokong pasukan Barcelona apabila dikhabarkan penyerang pasukan itu,David Villa akan diketepikan sehingga penghujung musim gara2 kakinya yang patah semasa perlawanan separuh akhir piala dunia kelab di Jepun ketika menentang Al-Sadd.
Dikatakan juga bahawa Villa akan dibawa balik secepat mungkin ke Barcelona untuk menjalani pembedahan bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya….berita ini juga sedikit sebanyak merunsingkan pengendali Barca,pep Guardiola menjelang perlawanan akhir menentang Santos kerana dikhabarkan juga Penyerang utamanya Alexis Sanchez juga mengalami kecederaan yang tidak berapa serius dan peluang untuknya dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir nanti belum dapat dipastikan lagi.Kehilangan Villa di atas padang amat dirasai oleh rakan2 yang lain kerana Villa merupakan antara ‘play maker’ yang telah mewujudkan banyak gerakan dan melancarkan serangan ke kubu lawan dalam setiap perlawanan yang disertainya.Walaupun sejak kebelakangan ini sering diletakkan untuk memanaskan bangku simpanan,tetapi dia merupakan seorang yang cukup berpengaruh dan menonjol bila diberi peluang untuk beraksi.
Dilihat juga,dengan kecederaan yang memaksa dia berehat 5 bulan,dia akan terlepas beberapa perlawanan utama pada tahun utama dan pastinya akan merencatkan peluangnya untuk dipilih mewakili skuad utama pasukan bola sepak Sepanyol.Walaubagaimanpun,ketiadaan Villa tidak sedikit pun merencatkan perancangan Barcelona kerana Barcelona mempunyai ramai lagi rangkaian penyerang yang mampu menggalas tugas sebagai pemusnah pasukan lawan.

p/s : Walaupun kena rehat banyak bulan tetapi setiap bulan tetap masyuk…….




Friday, December 16, 2011

Bila 2 Jelmaan Legenda Bertembung..........

Messi dan Neymar…..adalah 2 nama yang paling disebut2 oleh penggemar sukan bola sepak pada masa kini.Messi yang dikatakan sebagai jelmaan Diego Maradona dari Argentina yang juga juga legenda Bola Sepak,merupakan pemain terbaik dunia pada masa kini dengan banyak anugerah yang disandang olehnya menjadikannya sebagai seorang pemain dan juga penyerang yang cukup lengkap dan digeruni oleh lawan semasa di padang.Walaupun mempunyai fizikal yang agak kecil bagi pemain eropah,tetapi itu tidak menjadi alasan untuknya untuk tidak menonjol dalam setiap perlawanan.Walaubagaimanapun,tempat Messi sebagai pemain terbaik dunia pada masa kini dikatakan mampu dicabar oleh pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Neymar.
Neymar pemain kelahiran Brazil yang berumur 19 tahun merupakan pemain yang menjadi buruan oleh kebanyakan kelab2 besar dunia termasuk seteru Barcelona iaitu Real Madrid.Neymar yang diumpamakan oleh Legenda Bola Sepak Brazil,Pele sebagai penggantinya pada masa hadapan merupakan asset yang paling bernilai dimiliki oleh Brazil dan kelabnya Santos.Pertembungan antara 2 bintang dunia ini dalam final Piala dunia kelab di jepun pada 18 Disember 2011 merupakan platform yang terbaik untuk mengukur kehebatan masing2.Dalam perlawanan separuh akhir menentang kelab dari Jepun,Neymar Berjaya membuka tirai jaringan melalui jaringan cantiknya di penjuru kiri untuk membawa Santos ke final.Manakala Messi dikatakan tidak menyerlah dan lebih bersahaja ketika perlawanan separuh akhir menentang Al-Sadd di mana dapat disaksikan dia memberi banyak peluang untuk rakan yang lain untuk membuat serangan.Mungkin disebabkan keletihan mengharungi perlawanan el-clasico dan penerbangan yang lama yang membuatkan jurulatih Pep Guardiola mengarahkan bintang2nya supaya tidak terlalu aggresif dalam perlawanan tersebut.Walaubagaimanpun,Barca Berjaya melangkah ke final dengan kemenangan 4-0 ke atas Al-Sadd.
Jadi dalam perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia yang akan berlangsung di Jepun pada 18 Disember 2011 akan menemukan 2 orang bintang yang akan menjadi tumpuan semua pihak menunjukkan kehebatan masing2.Tentu perlawanan akhir ini akan menjadi satu perlawanan yang paling menarik dan sudah tentu ramai pihak yang ingin melihat kekebalan gawang Barcelona dirobek oleh pasukan dari Amerika Selatan iaitu Santos.Apa2 pun sama2 lah kita nantikan perlawanan akhir ini….




Thursday, December 15, 2011

Kelantan Sedia Hadapi Saingan Liga Malaysia 2012

Mungkin perasaan kecewa gara2 gagal mempertahankan piala Malaysia masih menghantui pemain2 dan penyokong2 kelantan walaupun saingan piala berprestij itu sudah hampir 2 bulan berlalu.Walaupun begitu,The Red Warrior di bawah kendalian ketua jurulatih baru,Peter James Butler kembali fokus untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.
Menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan baru2 ini,ianya memberi gambaran dan harapan kepada penyokong setia yang dianggap paling fanatik di Negara ini bahawa The Red warrior merupakan pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu.Dengan diperkuatkan 4 tenaga import yang dibawa masuk oleh arkitek transformasi Pasukan Bola Sepak Kelantan,Tan Sri Anuar Musa,ternyata,KAFA masih lagi mahu memperkuatkan jentera serangan yang diketuai oleh penyandang anugerah penyerang terbaik Negara dan anugerah Supermokh,Norsahrul Idlan Talaha(Mat Yo).Sesungguhnya pihak pentadbiran KAFA dan barisan jurulatihnya sedar bahawa ketumpulan di jentera serangan menjadikan Kelantan kempunan untuk menambahkan seberapa banyak koleksi piala walaupun banyak peluang gol Berjaya dicipta semasa perlawanan pada musim lalu.
Oleh sebab itu,dengan kemasukan pemain import yang merupakan pemain kebangsaan Lebanon,Gaddhar di posisi serangan sedikit sebanyak diharapkan dapat menyelesaikan masalah di bahagian serangan apabila beliau Berjaya meledakkkan 2 gol dalam 2 siri perlawanan persahabtan yang dianjurkan.Kelibat pemain import,Antwi juga memberikan Kelantan banyak pilihan di posisi serangan dan bahagian tengah ekoran daripada prestasi cemerlang yang ditunjukkan olehnya dalam perlawanan persahabatan.Walaubagaimanapun,para pemain belum lagi dapat menjalin persahaman yang mantap dan memerlukan sedikit masa untuk membentuk satu persefahaman yang boleh menjanjikan satu permainan yang menarik kepada para penonton di samping masalah komunikasi yang masih menghantui para pemain.Dengan misi mempertahankan Piala Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia dari Negeri Sembilan dan merebut kembali Piala FA dari Terengganu,Kelantan akan membuka cabaran Liga mlaysia pada Januari ini dengan perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan yang hilang banyak tonggak pada musim depan di stadium keramat The Red Warrior,Stadium Sultan Muhammad ke4.Keseluruhannya,dari apa yang kita boleh lihat,pada musim depan peluang untuk kebanyakan pasukan yang bertanding untuk memenangi piala adalah seimbang dan sukar untuk diramal tambahan pula dengan kemasukan pasukan dari singapore,Lion XII.




Torres Dalam Senarai Pemain Yang Akan Dijual???

Chelsea bersedia untuk menanggung kerugian 30 juta pound apabila berhasrat untuk menjual peledak termahalnya Fernando Torres pada jendela perpindahan januari nanti.Torres yang dibeli dari Liverpool dengan harga 50 juta pound dan pembelian itu disifatkan sebagai yang paling mahal di Britain pada masa ini,gagal membuktikan dirinya sebagai peledak yang paling berbisa setimpal dengan harganya yang begitu mahal.Dia yang telah melakukan banyak penampilan bersama Chelsea hanya berjaya menjaringkan beberapa gol termasuk 1 gol ketika menentang Manchester United.
Torres pernah berkata bahawa dia mempunyai kesukaran untuk membolosi kubu lawan disebabkan tempo permainan yang ditunjukkan oleh pemain2 Chelsea agak perlahan kerana rata2 pemain Chelsea sudah berumur.Walaubagaimanapun,Chelsea nampaknya agak terdesak untuk menjual penggempur termahal mereka itu sehingga sanggup menerima bayaran hanya 20 juta pound daripada mana2 pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Torres pada januari ini(memang turun 60% laa harga Torres) dan bersedia membawa masuk penggempur lain bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Torres.Oleh sebab itu,David Villa(Barcelona) adalah antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas pemain Barcelona itu meluahkan hasratnya untuk bermain di EPL kerana gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada musim ini.Melihat dari kesungguhan Chelsea itu untuk mendapatkan penggempur yang betul2 berbisa ternyata mereka tidak mahu lagi berputih mata seperti musim lepas selepas gagal meraih apa2 piala.Mungkin di bawah kendalian pengurus baru Andre Villa Boas(AVB) yang Berjaya membawa Porto maraih gelaran treble musim lalu,Chelsea mungkin menjadi lebih bernafsu untuk memenangi piala pada musim ini dan mampu menjadi pencabar yang hebat kepada mana2 pasukan yang bertanding samada dalam EPL ataupun dalam liga juara2.
Walaubagaimanapun,menjadi tanda Tanya,ke mana hala tuju Torres selepas ini? jika ternyata dia berada dalam senarai pemain yang akan dijual pada januari ini,nak kembali ke Anfield adalah agak mustahil.Mungkin dia akan mengikut jejak 2 lagi pemain Chelsea Anelka dan Drogba yang bermain di liga lain.tetapi mengikut pengumuman terbaru dari stamford bridge,mereka menegaskan bahawa Torres tidak akan ke mana2 pada musim ini dan akan terus bersama Chelsea sehingga hujung musim.

p/s:Kalau jadilah Torres keluar, bolehlaa klau ATM nk bawak masuk liga perdana...




Wednesday, December 14, 2011

Rekod Tanpa Kalah Manchester City Lebur

Siapa sangka,akhirnya rekod tanpa kalah Manchester City akhirnya lebur di tangan Chelsea yang bermula agak hambar musim ini….mungkin dengan kekalahan ini dapat melebarkan sedikit senyuman penyokong Manchester United yang dipalit dengan keaiban yang amat dahsyat ketika menerima kunjungan city bulan lepas..sekaligus merapatkan jurang mata kepada 2 mata.
Sesungguhnya,agak terlalu awal untuk disimpulkan pasukan mana yang akan bergelar juara liga.Hanya pasukan yang betul2 konsisten dengan kemenangan akan dapat mengesahkannya dengan awal tetapi buat masa sekarang,adalah agak mustahil untuk mengatakannya.Menang besar dalam satu2 perlawanan tidak menjamin puncak di liga seandainya konsistensinya tiada.biarlah menang tipis walaupun 1-0,2-1atau 3-2….tapi kemenangan ini adalah lebih baik daripada kemenangan yang berpesta gol,tetapi tidak konsisten.
Mungkin ramai yang menganggap City adalah pasukan yang cukup sempurna pada musim ini kerana dalam semua posisi semuanya adalah antara pemain terbaik dunia….yelaa padan dengan bajet laa…tapi dalam kesempurnaan itu akan ada kekurangannya termasuklah pasukan Manchester United.Seperti juga pasukan Barcelona,dalam kesempurnaan skuadnya akan ada kepincangan di mana kalau Berjaya dihidu pihak lawan boleh melakar kejutan ke atas pasukan tersebut.
Walaubagaimanpun dalam EPL sekarang,peluang untuk semua pasukan memenangi liga masih terbuka luas.Kita tidak tahu,mungkin tahun ini,ianya akan masih lagi dipertahankan oleh Manchester United,dan mungkin juga dirampas oleh City dan tidak mustahil juga di rebut oleh pasukan bukan pilihan seperti Newcastke atau Totenham.Walau apapun Kita tunggu dan lihat…..