Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah,syukur di atas kurniaanmu Ya Allah.........

Walaupun entry ini sepatutnya ditulis pada hari sabtu lepas tetapi disebabkan masa yg sngat jealous kat masa lapang aku,so trpaksalah skip dulu dan bagi ruang untuk lab report dan benda2 len yang urgent.Ni nk crite psal Pusat penjagaan Kanak2 Cacat Taman Megah(PPKKCTM) yang letaknya di area Pj kalu x silap.Group aku(9 dan 10) ditugaskan untuk membuat charity work di sini.Lain kumpulan,lain tempat yang akan diaturkan,ada yang pergi ke Rumah anak Yatim dan ade juga yang pergi ke Rumah warga emas.Mula2 tahu pasal kena ikut lawatan nii,rasa malas plak nk pergi.Aku ingat nak sangat reka 1001 alasan untuk dikecualikan dari lawatan ini,yela ngan lab report yang belum siap n beberapa benda len yg blum settle lagi membratkan ckit hati aku nii untuk ikut trip tuu.....tetapi macam mane boleh kena gertak pulak,ada yang mengatakan bahawa nama pelajar yang x g akan dihantar kat dekan dan affect final result nanti...tu laa yang buat aku cuak...akhirnya terpaksa akur dan ikut laa lawatan ini......bak kata pepatah belum cuba belum tahu,akhirnyaselepas sampai sana baru aku tahu bahawa memang beruntung dapat pergi ke rumah kanak2 kurang upaya ini....(ini pengalaman sekali dalam hidup,memamng rugi kalau dilepas begitu saja).kitorang bertolak dari imu dalam pukul 9 pagi dan sampai kat sane lebih kurang pkul 9.30 laa.Bila sampai kt sane ternyata penghuni disana memang mesra.trun saja dr bas ada je suara yang menyapa kitorang ‘haiii.......’,,,’hellooo.....’.ternyata kehadiran kitorang nii memang dinanti-nantikan oleh penghuni disana(terharu giler rase).



DI sana,kitorang dibahagikan kepada beberapa group dan setiap group tuu dalam 4 orang n kena jaga seorang penghuni disana,aku main masuk je group mane2 yang kosong,,tapi ternyata penghuni2 kat sini memang berbakat besar laa,rata2 mereka memang pandai menyanyi......ada yang boleh menari macam michael jackson,nyanyi cam P.Ramlee pun ade.tapi sumpah sronok giler laa bersama ngan diorang nii.Sbenarnya kat sini bukan kanak2 kurang upaya saje yang ade,warga emas yang kurang upaya jugak ade,penghuni yang paling berusia yang aku tahu ade kt sini ialah berumur 67 tahun.Menurut penjaga rumah kebajikan ini,kebanyakan penghuni berusia antara 6 bulan hingga 70 tahun dan rumah ini menampung seramai 140 orang penghuni termasuk anak2 yatim.....Memang cukup menginsaflah sesiapa yang datang ke sini,dapat melihat secara live golongan yang x bernasib baik dan memerlukan perhatian dari masyarakat.Memang kitorang tersentuh juga laa melihat keadaan diorang (muka je legend tapi hati kiut sebenarnya) tapi nk wat camne kan ini ketentuan dari Yang Maha Esa.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.Selepas penat melayan kerenah penghuni di sini,aku pun berehatlah di satu penjuru rumah ini,tiba2 ade sorang brader nii(juga penghuni rumah ini) panggil aku datang kat die..aku pun g laaa ingat kan ade ape kan.sampai je depan die....die pun berkata ‘tuan hamba ni nama saper,tinggal kat mane?’selepas jawab prtnyaan die tu....lepas tu die ckap nk dengar die nyanyi x?aku pun ape lagi layan jela walaupun penat.......dari lagu P. Ramlee,masuk lagu raya.....lagu merdeka.....lagu Isabella laa...hahahah......walaupun lirik hancur,tapi ok jugaklaa.......(aku rase brader ni better than artis AF. hehheheheh.....)

Selepas mengambil group picture bersama-sama ngan penghuni di sini,kitorang pun bertolak balik ke IMU lebih kurang kul 1.30 petang laa........n lena giler aku rase tido dalam bas sampai kan bila sampai kt IMU pun aku x sedar...Tapi satu pengajaran yang paling berguna yang aku dapat pada hari itu iaitu....kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan Ilahi kepada kita,dan di masa kita merasa kekurangan pada diri kita,ingatlah bahawa masih ada orang yang ada lebih banyak kekurangan berbanding kita......di masa kita merasa kitalah insan yang tidak bernasib baik,maka ingatlah masih ada insan yang lebih tidak bernasib baik berbanding kita.
Aku bersyukur kerana dikurniakan sihat tubuh badan,cukup pancaindera walaupun kehenseman,kemacholan tu tidak kumiliki,tapi dengan keadaan diri yang sempurna yang dikurniakan ini sangat aku syukuri(Alhamdulillaah,Syukur Di Atas Kurniaanmu padaku Ya Allah),dan adalah tidak adil sama sekali kalau kita mengabaikan golongan yang kurang upaya.......sesungguhnya mereka amat memerlukan perhatian daripada masyarakat luar.Bukan pinta mereka sebenarnya untuk jadi begitu,ingatlah ini suratan takdir,tiada sesiapa dapat melawan takdir yang ditetapkan Ilahi,tapi kita sebagai insan yang normal,hanya satu saja yang kita boleh lakukan...membantu golongan ini sekadar yang kita mampu......dan ingat jugak mereka juga mempunyai perasaan dan naluri untuk menjalani hidup sebaik mungkin di bumi inii........Renung2 kanlaah........








2 comments:

  1. as-salam..amani nak buat program charity di tempat yg sama awak buat ni..memang menyayat hati..anyway..salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. wsalam...ooo ye kew?memang best..x rugi kalu g nanati cayelah.......ya salam kenal juga

    ReplyDelete