Saturday, September 10, 2011

Benarkah Somalia Lebih Dahsyat Dari Gaza???

Keadaan di Somalia lebih dahsyat dari Gaza?benarkah itu?.Kalau tidak benar,mengapa ada jurukamera Malaysia yang membuat liputan di Somalia maut ditembak tetapi tiada yang maut ketika membuat liputan di Gaza.
Itulah yang dikatakan air yang tenang jangan disangka tiada buaya,tempat yang dikatakan selamat jangan disangka tidak bahaya.Jika kita lihat,keadaan Gaza lebih bahaya kerana kerap kali berlaku peperangan dibandingkan di Somalia.Dan adalah diluar jangkaan semua pihak,kumpulan yang dihantar ke Somalia untuk membantu mangsa kebuluran akan diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah mengorbankan jurukamera Bernama TV ,Allahyarham Noramfaizul,.Walaubagaimanapun, takziah kita ucapkan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Ekoran kejadian ini,kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan baju kalis peluru kepada sukarelawan yang akan melakukan misi bantuan ke Negara-negara bergolak pada masa akan dating.Sebenarnya,kerajaan telah membekalkan dari dulu lagi baju kalis peluru kepada sukarelawan yang melakukan misi bantuan tetapi tidak ke Somalia kerana dikatakan Negara itu tidak seteruk Negara lain yang bergolak.Walaubagaimanpun,pemakaian baju kalis peluru itu tidak dapat menjamin keselamatan sukarelawan kerana baju kalis peluru yang diperbuat daripada Kevlar itu boleh ditembusi jika peluru khas yang dicelup dalam bahan kimia digunakan,apa jenis bahan kimia itu,tidak perlulah kot diberitahu.

Tetapi diletakkan sebagai ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan bolehla kan.
Sememangnya pujian harus diberikan kepada sukarelawan yang berani menyahut cabaran untuk menyertai misi bantuan ke Negara bergolak.Bukan sahaja keluarga yang harus ditinggalkan tetapi nyawa juga harus dipertaruhkan untuk menyempurnakan misi itu.Mungkin bukan ramai di luar sana itu yang berani menyertai misi bantuan ini,kalau ada pun mesti akan berfikir beribu kali untuk membuat keputusan mejadi salah seorang anggota sukarelawan.Walaupun ada yang menawarkan ganjaran wang ringgit yang agak lumayan,belum tentu ada yang berani melangkah ke depan untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan kerana ianya melibatkan nyawa.Walaubagaimanapun,hidup mati itu di tangan AllahS.W.T dan tiada siapa yang tahu bila masa dia akan dijemput oleh Penciptanya.
Oleh itu adalah wajar juga kalau sukarelawan yang pulang ini disambut sebagai wira biarpun tidak bertempur di medan perang tetapi sedikit sebanyak usaha yang dilakukannya dapat meringankan beban rakyat yang terhimpit dan kebulur disebabkan peperangan dan pergolakan yang berlaku di Negara tersebut.

PEACE NO WAR!!!!!!




No comments:

Post a Comment