Monday, August 22, 2011

3 titik kekuatan Barcelona a.k.a Barca......

Barcelona atau dikenali juga sebagai Barca merupakan pasukan yang boleh dikira mustahil juga untuk ditumbangkan pada masa sekarang nii kalu kita tengok pada rekod perlawanan yang lepas.....semua lawan dia mesti kena baham kaw2 laa......sebut saja apa pasukan pun,Manchester United,Chelsea,Totenhem malahan Real Madrid skalipun,habis semua ditumbangkan walaupun Real pernah menang skali dengan Barca pada baru2 ini semasa Piala Raja sepanyol.Sebenarnya terdapat beberapa titik atau punca kekuatan Barca.....

1)Keserasian yang telah terjalin sejak sekian lama

-Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan pemain Barca nii dilahirkan dari satu academy yang sama sejak kecil lagi dan kebanyakannya merupakan rakyat spain yang tulen....sebut saja Messi,Valdes,Fabregas ataupun Gerard Pique dan beberapa lagi yang lain,semuanya dari satu academy yang sama iaitu academy bola sepak remaja kepunyaan kelab Barcelona sendiri.Jadi,x mustahil laa setiap pemain dah masak dengan corak pemain masing2.....al maklumlah duk main bola bersama-sama dengan player yang sama selama lebih 10 tahun,mestilah dah tahu beno mengenai cara permainan diorang.
Ni kita tengok sebagai contohlaa,Real Madrid yang terkenal dengan barisan pemain star yang dihimpunkan dari seluruh pelusuk dunia(asalkan ada pemain yang famous ckit je habis die nak kebas),walaupun Real Madrid mempunyai ramai star tetapi memerlukan masa panjang jugakla untuk memupuk persefahaman yang jitu dalam diri pemain,paling kurang 4 atau 5 tahun diperlukan untuk menubuhkan satu skuad yang mantap.So jangan ingat ada banyak star bermula dengan keeper sampailah kepada striker dapat menjamin kemenangan dalam setiap match, x semestinya......apa yang penting ialah keserasian.Apa yang kita dapat lihat,Barca tidak mempamerkan kepincangan walaupun skuad yang berbeza diturunkan dalam match yang berbeza.Ini disebabkan keserasian antara pemain yang memberikan banyak pilihan kepada pengurus untuk diturunkan dalam sesuatu match.

2) Teamwork yang mantap
-Barca memang terkenal dengan pasukan yang memang berteraskan semangat berpasukan berbeza dengan pasukan lain.Dengan passing pendek yang diamalkan,kita dapat lihat walubagaimana kebalnya benteng pertahanan lawan,pasti dirobek nanti.Berbeza dengan pasukan lain,di mana kebanyakannya berebut untuk menjaringkan gol,Barca tampil dengan semangat berpasukan yang tinggi di mana pemain akan melakukan passing dan tidak terlalu gopoh untuk menjaringkan gol untuk megelirukan lawan sebelum menjelmakannya sebagai gol.
-sesungguhnya teamwork tuu amatlah penting kerana ada pepatah juga mengatakan “teamwork divide task,but double the success”.Jadi benarlaa kalu kita lihat melalui persembahan Barca ini.Dengan teamwork ini juga,ia dapat memastikan kebanyakan pemain dapat bertahan selama 90 minit semasa match tanpa substitute dengan pemain lain.

3)Faktor Xavi dan Iniesta

-kebanyakan pergerakan Barca direncanakan oleh 2 orang mid field ini,yang sebenarnya 2 orang ini yang paling bahaya berbanding dengan pemain lain kerana 2 orang inilah especially Xavi yang selalu assist utuk gol yang dijaringkan oleh striker terutama Messi.Xavi memang seorang yang pakar dalam membuat passing di depan gol yang berkesudahan dengan jaringan oleh striker.


Sebagai contoh,masih ingatkah mengenai gol pertama Barca semasa melawan MU di final champions league di Wembley,memang cantiklaa ball through dari Xavi yang disudahkan dengan senang oleh Pedro untuk menewaskan Van Der Sar.Apa yang aku dengar laa dari bnyak pihak,hanya satu saja yang dapat melumpuhkan Barca,dengan menjual Xavi dan Iniesta kerana kedua-dua player nii memainkan watak yang agak penting dalam merencanakan serangan ke kubu lawan,jadi x mustahillah kedua-dua player ini tercalon untuk Pemain terbaik dunia yang dimenangi oleh Messi.Walaubagaimanapun,bukan senang untuk melumpuhkan barca walaupun Iniesta dan xavi diketepikan dari skuad utama kerana dalam barcelona, ramai lagi pemain lain yang boleh memainkan peranan untuk menggerakkan jentera serangan.



Ramai orang cakap Messi ialah pemain yang paling penting bagi Barca.....tetapi tidak bagi aku,bagi aku Messi ialah pelengkap bagi Barca kerana kalau kita cakap Messi paling penting,mengapa Argentina x dapat melangkah pun ke peringkat separuh akhir Copa America walaupun skuad Argentina dianggotai oleh lebih ramai lagi pemain terkemuka seperti Tevez dan Aguero.Sebenarnya Messi ialah pemain hebat tetapi memerlukan gandingan yang hebat(Iniesta dan Xavi) untuk menunjukkan kehebatannnya.








2 comments:

  1. klu xavi n inesta x de , barca ni x la sebuat mana sbnry ... bg aku , bhgn tgh barca mmg mantap olh sebab dua mamat tu .. klu mereka x de , payah juga barca ni tau ..

    ReplyDelete
  2. yaa....aku sokong.....2 orang ni laa yang slalu assist messi pnya gol.....klau barca jual...tipisla peluang nk msuk champions league....huhuhuhu

    ReplyDelete