Wednesday, December 21, 2011

Persaingan Sengit 2 Kelab Dari Manchester

Dipisahkan 2 mata dari pencabar terdekat Manchester United merupakan kedudukan yang masih lagi tidak selamat untuk Manchester City untuk terus meneraju liga sehingga ke penghujung musim…malah kebangkitan United dapat dilihat oleh banyak pihak semenjak ditunjukkan jalan keluar dari perebutan Piala Liga Juara-jiara pada musim ini.
Nampaknya misi mempertahankan kejuaraan dan misi memburu gelaran ke 20 masih menjadi agenda yang penting bagi Manchester United.Dengan kebangkitan yang ditunjukkan ini,Manchester City sedar bahawa mereka tidak boleh lagi tercicir mata dalam mana2 perlawanan kerana setiap keputusan seri atau kalah yang dicatatkan kerana bukan sahaja bakal mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan berjiran ini bahkan boleh menghalang dominasi City dari terus menerajui liga sehingga ke hujung musim.Apa yang pasti perjalanan liga masih lagi jauh dan rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk City mendabik dada dan bermegah-megah dengan kejayaan yang dicapai setakat ini….hanya konsistensi sahaja yang menjadi kunci kepada kejayaan menerajui liga sehingga ke hujung msim.
Walaupun ada sesetengah pasukan sudah mengalah dalam merebut piala Liga Perdana Inggeris pada musim ini..tetapi apa yang dapat dilihat kedua-dua pasukan dari Manchester ini masih rancak dan semakin sengit bersaing untuk mendahului antara satu sama lain sambil diikut dari belakang oleh Chelsea dan Totenham.Walaupun ramai tonggak utama United dibelenggu kecederaan,tetapi itu tidak menjadi masalah untuk pengurus dari Scotland,Sir Alex Ferguson untuk menurunkan pemain yang lain yang mempunyai kualiti yang hamper sama bahkan lebih baik berbanding pemain bintang yang sedia ada.Walaupun pada musim ini,kita dapat lihat kebanyakan pemain yang membarisi kesebelasan utama United adalah pemain muda yang belum lagi menempah nama di pentas antarabangsa,tetapi Fergie tetap optimis yang pemain yang disandarkan harapan olehnya itu mampu mempertahankan gelaran yang dimenangi pada musim lepas walaupun pada awalnya banyak pihak yang kurang berkeyakinan dengan skuad yang diatur olehnya.
Pada awal musim Ferguson pernah berkata bahawa ancaman yang besar dalam misi mempertahankan piala liga perdana bakal diberikan oleh Chelsea dan menafikan City dalam senarai ancaman dan pencabar yang berbahaya kepada United pada musim ini.Tetapi melihatkan kepada keadaan sekarang,mungkin beliau seharusnya menerima hakikat bahawa City merupakan kelab yang patut diberi perhatian dan perlu ditumpaskan pada musim ini jika mahu Piala EPL terus diarak di Old Trafford pada hujung musim ini.Walaubagaimanapun,persaingan sengit antara 2 kelab berjiran ini menjadikan para penonton tertunggu-tunggu pada setiap minggu terhadap perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan ini dan dapat dilihat sekarang, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang seimbang menjadikan liga perdana inggeris lebih kompetetif.



1 comment:

  1. Hyundai Sonata AC Compressor

    This is my Good luck that I found your post which is according to my search and topic, I think you are a great blogger, thanks for helping me out from my problem..

    ReplyDelete