Tuesday, December 20, 2011

Antara Skuad Harimau Muda Dan Skuad Senior....Mana Lebih Hebat?

Mana lebih Hebat….pasukan Harimau Muda ke pasukan skuad senior?Mungkin ramai yang bertanyakan pasal benda nii.Sebenarnya kedua2 nya hebat,Kalau tidak hebat manakan dapat piala AFF Suzuki dan manakan dapat dipertahankan pingat emas sukan sea.Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.Dilihat pasukan senior mempunyai bahagian penyerang yang mantap dan berbisa dibandingkan pasukan Harimau muda……dengan gandingan penyerang yang dikatakan jelmaan SuperMokh iaitu Safee Sali dengan Norshahrul idlan Talaha(Mat Yo) dalam pasukan senior,boleh dikatakan bahawa skuad senior Negara mempunyai pakej yang lengkap untuk merobek kubu lawan.
Walaubagaimanapun,penyerang yang mantap tidak menjanjikan kejayaan dalam satu2 perlwanan jika tidak disusuli dengan pertahanan yang kental.Ini jelas kelihatan bahawa skuad senior sememangnya kurang kekentalannya di bahagian pertahanan berbanding skuad Harimau Muda.kadang2 Perasaan hairan tu ada juga,kenapa pertahanan skuad senior kurang kental berbanding skuad Harimau Muda sedangkan pemain yang membarisi bahagian pertahanan kedua-dua skuad Negara ini ialah pemain yang sama.Samada silap percaturan ke….silap pemain ke itu tidak dapat dipastikan.ini dapat dilihat semasa perlawanan kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapore di mana banyak gol yang diperolehi oleh Singapore adalah gol mudah hasil kesilapan pertahanan.
Tetapi hal ini berbeza dengan skuad Harimau Muda di mana pasukan ini mempunyai pertahanan yang agak kental tetapi penyudahnya pula yang merunsingkan pengendalinya,Ong Kim Swee.Di mana kita dapat lihat…dalam setiap perlawanan banyak peluang gol dapat dicipta Harimau Muda tetapi hanya satu atau dua dan mungkin tiada dapat disudahkan untuk diterjemahkan kepada gol.Memang tidak boleh disalahkan juga kepada penyerangnya kerana mungkin faktor pengalaman yang menjadi punca kepada ketumpulan jentera serangan Harimau Muda.
Melihat kepada masalah ini,saya pasti kedua-dua pengendali skuad Negara ini iaitu Datuk K Rajagopal dan Ong Kim Swee sudah melakukan post mortem untuk mengenal pasti dan menutup kelemahan itu dan saya pasti kedua-dua skuad ini khususnya skuad Harimau Muda telah menunjukkan peningkatan prestasi selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bagi mengharungi perlawanan antarabangsa pada masa akan dating.Walaupun mempunyai perbezaan,namun semua orang tahu kedua-dua skuad Negara ini mempunyai satu misi yang sama iaitu menggalas harapan Negara khususnya rakyat Malaysia untuk menjadi satu kuasa bola sepak yang berpengaruh di peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.Tidak mustahil suatu hari nanti ianya dapat dicapai.




6 comments:

  1. hahaha..aku setuju sangat.. abg lemah bahagian pertahanan.. adik plak bahagian serangan..

    ReplyDelete
  2. aku suka harimau muda....mereka boleh mencapai kejayaan yg lebih tinggi...

    ReplyDelete
  3. harimau muda ter baik bro..

    gua follow sini,, klo sudi singgah la blog 'makeYOUthink' gua,, :p

    ReplyDelete
  4. MABK : harap2 kelemahan tuu dapat dibaiki secepat mungkin....x nak lagi aku lihat...game confirm menang tapi last2 orang len yang menang

    ReplyDelete
  5. akubest501 : aku pun rasa gitu jgak...harimau muda sekarang nmpak lebih matang berbanding dulu....harap lebih banyak lagi pendedahan dapat diberikan...

    ReplyDelete
  6. akuamir : memang terbaiklah harimau muda..banyak peningkatan sekarang....ini menunjukkan peluang untuk bola sepak Malaysia menyerlah di pentas dunia pada masa depan.....of course bro....gua singgah lu pnya blog nanti

    ReplyDelete