Monday, December 19, 2011

Barca Baham Santos di Bumi Samurai

Barca hentam Santos…….. Barca kenduri gol di jepun dan macam2 lagi tajuk yang dicipta oleh para blogger selepas berakhirnya perlawanan akhir piala kelab dunia yang menemukan Santos dan Barcelona….Sememangnya reputasi Barca sebagai kelab terbaik dunia pada masa kini tidak perlu lagi disangkal,malah sudah terang lagi bersuluh bahawa kelab di bawah kendalian bekas pemainnya,Pep Guardiola yang dibarisi oleh ramai pemain bintang berada di kemuncak prestasinya untuk meraih apa sahaja saingan piala yang disertainya.
Mungkin ramai yang sudah menjangka bahawa Barca yang akan bergelar juara dunia kelab,tetapi mungkin tidak ramai yang menjangkakan bilangan gol yang dapat dicipta oleh Barca semasa perlawanan akhir tersebut.Dengan skor 4-0,jelas memperlihatkan bahawa masih ada perbezaan yang ketara antara pasukan Barca dan juga Santos…..Dalam perlawanan akhir itu,bintang Barcelona,Lionel Messi terlebih dahulu mengejutkan Santos dengan gol pembukaan pada minit 17 dan diikuti gol hasil ledakan Xavi pada minit ke 24….ketika pengadil hampir meniupkan wisel penamat bagi menandakan tamat separuh masa pertama,Santos sekali lagi dikejutkan gol yang dijaring oleh bekas kapten Arsenal, Fabregas.namun begitu,pesta gol Barca tidak berhenti setakat itu kerana pada separuh masa kedua,minit 82…Messi meledakkan gol kedua peribadinya untuk mematikan terus semangat juang barisan pemain Santos.
Walaupun Santos dibarisi oleh pemain yang meningkat naik sekarang ini iaitu Neymar,tetapi Santos masih gagal menembusi gawang Barca walaupun 1 gol.Mungkin ramai juga yang berharap sebelum perlawanan supaya rekod cemerlang Barcelona di Pentas dunia dapat dicalari oleh Santos.Ini disebabkan,setakat ini mana2 pasukan yang berentap dengan Barca di kejohanan dunia ataupun piala berprestij,pasti akan pulang dengan kekecewaan dan masih tiada pasukan yang boleh menyaingi Barca.
Pada perlawanan akhir antara Santos dan Barca juga,tumpuan juga diberikan kepada kedua-dua ayam tambatan Santos dan Barca iaitu Neymar(Santos) dan Messi(Barca).Walaubagaimanapun,dengan pengalaman yang banyak di pentas antarabangsa,terbukti pada masa ini,jelmaan Maradona adalah lebih berbisa berbanding jelmaan Pele.Mungkin dengan usia Messi sekarang,dia benar2 berada dipuncak prestasinya dan tidak mustahil juga Neymar yang ketika ini berumur 19 tahun akan menjadi sehebat Messi masa kini bahkan lebih hebat lagi pada masa hadapan kerana perjalanan karier bola sepaknya masih jauh lagi. Apa2 pun,perlawanan akhir itu adalah satu perlawanan yang agak menarik walaupun tiada tentangan yang sengit dipersembahkan oleh Santos.




No comments:

Post a Comment