Tuesday, December 27, 2011

Katakan Tak Nak Kepada Rasuah Bola Sepak.....

Rasuah adalah satu cara yang sangat mudah dapat dilakukan untuk melingkupkan sesuatu institusi.Jadi tidak hairanlah ianya diperangi habis-habisan oleh kerajaan.Rasuah tidak sahaja berlaku dalam pentadbiran kerajaan,tetapi juga menyerap ke dalam bidang sukan terutama sekali bola sepak…Mungkin ramai yang masih ingat isu rasuah yang melanda Negara kita pada tahun 1994 kalau tak silap di mana sukan bola sepak Negara kita sedang berada di kemuncaknya dan mendapat sokongan dari segenap masyarakat.Tetapi,disangkakan panas sampai ke petang rupa2 nya hujan di tengah hari………sukan bola sepak di Malaysia tidak bertahan lama dan mengalami zaman gelapnya apabila manusia dibutakan dengan duit.
Pada ketika itu,ramai pemain kebangsaan dan jurulatih ditahan atas kesalahan rasuah dan mengatur perlawanan.Rentetan daripada itu,sukan bola sepak terus dipandang sepi oleh masyarakat dan memang diakaui,agak sukar sebenarnya untuk mengembalikan kepercayaan penyokong bila berlaku isu ini dalam bola sepak.Tetapi kini,kita dapat lihat bahawa sukan bola sepak tempatan kembali mendapat tempat di hati peminat bola sepak tanah air.Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh skuad senior mahupun Harimau Muda,meletakkan bola sepak pada ranking pertama di Malaysia.Bermula dengan kejayaan skuad emas Rajagopal di Laos yang Berjaya merangkul pingat emas,skuad Negara yang juga di bawah kendalian Datuk K Rajagopal tampil dengan lebih garang selepas itu apabila pertama kali Berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki yang mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baru bola sepak Asia Tenggara.Walaubagaimanapun rentetan kejayaan pasukan Negara tidak berakhir di situ,terbaru,pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee Berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas apabila Berjaya menundukkan pasukan pilihan sebagai juara,Indonesia di hadapan penyokong mereka sendiri seterusnya mengekalkan reputasi Malaysia sebagai jaguh Asia Tenggara.
Tetapi suara sumbang sejak kebelakangan ini yang mengaitkan kembali isu rasuah dalam bola sepak Negara seolah-olah ada pihak yang cuba mengulangi skrip pada tahun 1994.Di masa,bola sepak kita berada di puncak,di masa harapan menggunung disandarkan oleh samada penyokong bola sepak Negara mahupun liga tempatan,ternyata ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.Aktiviti mengatur perlawanan hangat dibincangkan oleh para penyokong yang berasa hairan melihat aksi sesuatu pasukan yang selalu menampilkan persembahan yang sememangnya berkeyakinan dan menarik tetapi pada suatu masa menampilkan aksi yang memang jauh beribu-ribu batu dari prestasi sebenar mereka.Pada tahun ini juga mungkin ramai yang sedar bahawa isu mengatur perlawanan ini mendapat liputan meluas media tempatan dan beberapa kali terpapar di muka depan surat khabar.Situasi ini sememangnya situasi yang tidak menyenangkan untuk pembangunan bola sepak Negara kita.
Jangan sambil membangun kita robohkan,kita bangunkan bola sepak kita tetapi kita musnahkan nilai2 kesukanan dengan mengamalkan rasuah dalam bola sepak……Jika perkara ini berlaku,mahukah kita untuk menunggu 15 tahun lagi untuk melihat bola sepak kita berdiri seperti sekarang?.Apa yang kita mahu adalah melihat bola sepak di Negara kita membentuk suatu graf garis lurus yang peningkatannya tidak terbatas dan kemerosotannya tidak sesekali.Diharapkan isu 1994 tidak berulang lagi dan jadikan peristiwa 1994 sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah yang tidak mungkin diulang lagi.Diharap isu ini juga tidak akan timbul lagi,dan ramai yang percaya bahawa pihak yang terbabit dengan bola sepak tempatan tidak akan memperdagangkan bola sepak tempatan bagi menjamin pembanguna bola sepak di Malaysia.



No comments:

Post a Comment