Friday, December 23, 2011

Unity Cup : Kelantan Diikat Persebaya FC

Sungguh mendebarkan detik 90 minit yang diharungi oleh pemain pasukan Kelantan apabila berdepan dengan Juara Liga Indonesia,Persebaya FC dalam perlawanan Unity Cup yang diadakan di Stadium keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-4.Pertembungan antara dua juara liga ini sememangnya dinantikan oleh para penyokong bola sepak tempatan terutama peminat fanatic The Red Warrior.Penguasaan bola jelas dimiliki oleh Persebaya walaupun dilihat banyak serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan.
Tetapi jelas kelihatan,Awang import Kelantan gagal menyerlah pada perlawanan ini apabila banyak peluang keemasan yang boleh dikatakan wajib gol gagal disudahi dengan baik walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Persebaya.Pada separuh masa pertama dilihat,banyak serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan ini tetapi gagal menjelmakan sebarang gol.Walaubagaimanapun,Kelantan terpaksa menelan keperitan lebih awal apabila pemain pertahanan Kelantan,Azizi Mat Rose dilayangkan kad merah selepas terjahan kasar dilakukannya ke atas pemain Persebaya.
Bermula pada separuh masa kedua,Kelantan Berjaya menembusi gawang Persebaya menerusi rembatan kencang Indera Putra selepas Berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti Persebaya walaupun rembatannya Berjaya ditepis oleh penjaga gol persebaya.Kegembiraan ini tidak bertahan lama kerana seorang lagi pemain Kelantan,Shahrul Azim dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Dengan 9 orang pemain,Kelantan dilihat agak goyang sedikit dan dilihat pengendali Kelantan,Butler mengambil keputusan drastik dengan membawa masuk Farisham bagi memperkuatkan benteng pertahanan di samping memasukkan Piya(Badhri Radzi) sebagai kapten yang juga nadi kepada pasukan Kelantan.
Dengan hanya 3 pemain pertahanan diletakkan di barisan Kelantan,peluang ini tidak dipersiakan oleh Persebaya apabila dilihat banyak serangan diatur dan akhirnya Berjaya menembusi gawang yang dijaga oleh penjaga gol muda,Syazwan menerusi gerakan solo pemain sayap,Andik.Perlawanan ini berakhir seri dengan jaringan 1-1 dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 28 Disember ini di Indonesia.Tetapi yang jelas,perlawanan persahabatan yang agak kompetetif ini adalah medan terbaik untuk menguji pemain2 import Kelantan dan juga keserasian antara pemain.Walaubagaimanpun,kredit dan pujian harus diberikan kepada pasukan Kelantan kerana Berjaya menangani asakan di samping Berjaya melancarkan banyak serangan berbahaya walaupun hanya bermain dengan 9 orang pemain.Diharap Kelantan yang membawa nama Malaysia Berjaya menumbangkan Persebaya pada aksi timbal balik nanti.


No comments:

Post a Comment