Saturday, November 3, 2012

Kelantan Treble,Akhiri Spekulasi

3 piala yang berjaya diraih oleh Kelantan pada musim ini,bermula dengan Piala FA,Piala Liga Super dan terbaru Piala Malaysia.Reputasi ini sudah cukup untuk menggerunkan pihak lawan pada musim depan.Walaupun Kelantan bukanlah pasukan pertama yang meraih treble dalam Liga Malaysia,tetapi kejayaan yang diperolehi ini menjadikan Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia.Dengan kombinasi pemain yang sedia ada,tidak mustahil Kelantan dapat mempertahankan treble pada musim depan.Walaupun Kelantan pada awalnya Nampak sedikit goyah pada awal saingan di mana dapat dilihat jentera serangan Kelantan yang tidak berfungsi dengan baik,ramai yang berpendapat bahawa Kelantan pada tahun ini tidak sekuat pada musim lepas..Walaubagaimanapun,para pemain yang disokong oleh ratusan ribu penyokong setia,tampil cemerlang dan menemui rentak kemenangan untuk menyapu 3 piala pada tahun ini.
Dengan meleburkan misi 33 Selangor pada separuh akhir Piala Malaysia yang lepas dan juga memusnahkan penantian 46 tahun ATM pada final Piala Malaysia,semestinya reputasi Kelantan sebagai gergasi Liga Malaysia tidak perlu disangkal lagi.Kejayaan Kelantan pada tahun ini adalah disebabkan oleh semua pihak,bermula dari pengurusan,kejurulatihan,pemain dan paling penting pemain ke 12 kelantan iaitu penyokong yang selalu memberikan sokongan padu kepada pasukan.Kepercayaan yang diberikan oleh peminat dibalas oleh pemain dengan membawa balik 3 piala ke Bumi Kelantan walaupun terdapat spekulasi yang diterbitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini bahawa Kelantan telah dirasuah untuk memberikan kemenangan kepada ATM pada final Piala Malaysia.
Walaubagaimanapun,Pantang menyerah sebelum berlawan,itulah kata azimat yang dipegang oleh pemain-pemain Kelantan yang sedar bahawa hanya memenangi perlawanan itu dapat melenyapkan spekulasi yang seolah-olah ingin merosakkan pasukan Bola Sepak Kelantan.Hasilnya,Kelantan Berjaya membawa kembali Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan kembang yang di mana pada tahun lepas dirampas oleh Negeri Sembilan.Dengan berakhirnya Saingan Piala Malaysia,maka berduyun-duyun kelab dan juga persatuan negeri cuba memancing pemain-pemain yang Berjaya menempa nama sepanjang musim 2012.
Dengan tawaran yang begitu lumayan boleh membuatkan para pemain rambang mata untuk menerima tawaran yang datang dengan banyaknya.tapi kalau boleh,pihak persatuan neger dan juga kelab kena lah tahu peraturannya,jangan main sambar je pemain bintang.Ikut prosedur,berunding dengan majikan pemain itu untuk membincangkan pasal kontrak pemain itu dan barulah boleh berhubung dengan pemain tersebut,bukannya berhubung dengan pemain dahulu baru berhubung dengan pemain….walaubagaimanapun,musim depan menjanjikan saingan yang agak menarik dalam Liga Malaysia.


No comments:

Post a Comment