Sunday, November 4, 2012

Pertarungan untuk Memenangi Ballon D'Or 2012

Mungkin terlalu awal dan terlalu sukar untuk kita tentukan siapa yang selayaknya memenangi Anugerah paling berprestij di dunia bagi mengiktiraf pemain bola sepak terbaik dunia.Masing-masing pemain bola sepak yang tercalon untuk Ballon D’Or mempunyai kekuatan tersendiri untuk merangkul anugerah tersebut.Pemain seperti Iniesta,Messi dan Cristiano Ronaldo adalah nama yang agak sinonim dengan anugerah tersebut sejak dua tahun kebelakangan ini dan tidak dapat dinafikan mereka adalah pemain terbaik di dunia yang merajai arena bola sepak dunia.
Walaubagaimanapun,kelibat pemain lain seperti Pirlo yang beraksi cukup cemerlang di EURO sehingga meranapkan harapan pasukan Jerman sebagai pilihan menjuarai Euro 2012,Van Persie yang membuktikan ketajaman penyudahnya di Liga Perdana Inggeris dan juga Casillas yang boleh dikatakan nadi utama kepada Sepanyol menjuarai Euro 2012.Tidak mustahil dan tidak pelik seandainya pada tahun ini,pemain yang tidak biasa dengan pencalonan Ballon D’Or dapat mengatasi pemain pilihan.Ramai yang berpendapat Iniesta adalah yang lebih layak untuk Ballon D’Or pada tahun ini,dengan banyak sumbangan yang diberikan kepada Barcelona pada musim lepas dan juga menjadi nadi utama ke atas kejayaan Sepanyol menjuarai EURO 2012 menjadikannya sebagai pemain tengah dan juga playmaker terbaik di dunia pada masa kini.
Dilihat Iniesta merupakan pilihan utama berbanding Messi untuk memenangi Ballon D’Or jika kejayaan dicapai menjadi ukuran…Messi hanya menjuarai kejohanan kecil bersama Barcelona pada musim lepas selepas gagal mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dan juga LA Liga.Manakala Iniesta,di samping membantu Barcelona memenangi Copa De Ray,dia juga Berjaya membantu Sepanyol untuk menjuarai EURO 2012 dengan menguasai bahagian tengah dengan agak berkesan.
Pun begitu,peluang Messi dan Iniesta untuk memenangi Ballon D’Or pada 2013 bakal dicabar oleh penyerang sensasi Real Madrid,Cristiano Ronaldo yang dilihat agak cemerlang prestasinya pada musim lepas.Dengan kejayaannya membantu Real Madrid menghalang penguasaan Barcelona dalam LA Liga dan juga ketajaman penyudahnya yang Berjaya membawa Portugal ke separuh akhir EURO 2012,dilihat Cristiano Ronaldo berada di kemuncak prestasinya dan tidak mustahil juga untuk dikatakan bahawa Ballon D’Or pada kali ini akan kembali ke tangan Ronaldo yang mendapat jolokan sebagai CR7 itu.Walaubagaimanapun,semua yang tercalon untuk Ballon D’Or adalah pemain terbaik di dunia,jadi siapa yang berpeluang untuk memenanginya tidak boleh kita putuskan lagi…Cuma….Tunggu Dan Lihat…………….


No comments:

Post a Comment