Tuesday, December 20, 2011

Antara Skuad Harimau Muda Dan Skuad Senior....Mana Lebih Hebat?

Mana lebih Hebat….pasukan Harimau Muda ke pasukan skuad senior?Mungkin ramai yang bertanyakan pasal benda nii.Sebenarnya kedua2 nya hebat,Kalau tidak hebat manakan dapat piala AFF Suzuki dan manakan dapat dipertahankan pingat emas sukan sea.Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.Dilihat pasukan senior mempunyai bahagian penyerang yang mantap dan berbisa dibandingkan pasukan Harimau muda……dengan gandingan penyerang yang dikatakan jelmaan SuperMokh iaitu Safee Sali dengan Norshahrul idlan Talaha(Mat Yo) dalam pasukan senior,boleh dikatakan bahawa skuad senior Negara mempunyai pakej yang lengkap untuk merobek kubu lawan.
Walaubagaimanapun,penyerang yang mantap tidak menjanjikan kejayaan dalam satu2 perlwanan jika tidak disusuli dengan pertahanan yang kental.Ini jelas kelihatan bahawa skuad senior sememangnya kurang kekentalannya di bahagian pertahanan berbanding skuad Harimau Muda.kadang2 Perasaan hairan tu ada juga,kenapa pertahanan skuad senior kurang kental berbanding skuad Harimau Muda sedangkan pemain yang membarisi bahagian pertahanan kedua-dua skuad Negara ini ialah pemain yang sama.Samada silap percaturan ke….silap pemain ke itu tidak dapat dipastikan.ini dapat dilihat semasa perlawanan kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapore di mana banyak gol yang diperolehi oleh Singapore adalah gol mudah hasil kesilapan pertahanan.
Tetapi hal ini berbeza dengan skuad Harimau Muda di mana pasukan ini mempunyai pertahanan yang agak kental tetapi penyudahnya pula yang merunsingkan pengendalinya,Ong Kim Swee.Di mana kita dapat lihat…dalam setiap perlawanan banyak peluang gol dapat dicipta Harimau Muda tetapi hanya satu atau dua dan mungkin tiada dapat disudahkan untuk diterjemahkan kepada gol.Memang tidak boleh disalahkan juga kepada penyerangnya kerana mungkin faktor pengalaman yang menjadi punca kepada ketumpulan jentera serangan Harimau Muda.
Melihat kepada masalah ini,saya pasti kedua-dua pengendali skuad Negara ini iaitu Datuk K Rajagopal dan Ong Kim Swee sudah melakukan post mortem untuk mengenal pasti dan menutup kelemahan itu dan saya pasti kedua-dua skuad ini khususnya skuad Harimau Muda telah menunjukkan peningkatan prestasi selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bagi mengharungi perlawanan antarabangsa pada masa akan dating.Walaupun mempunyai perbezaan,namun semua orang tahu kedua-dua skuad Negara ini mempunyai satu misi yang sama iaitu menggalas harapan Negara khususnya rakyat Malaysia untuk menjadi satu kuasa bola sepak yang berpengaruh di peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.Tidak mustahil suatu hari nanti ianya dapat dicapai.




Awas...Artikel Ini Tidak Sesuai Untuk Tatapan Bawah Umur.

Bila aku letak tajuk entry aku nii…aku tahu apa yang kebanyakan orang akan fikir…….mungkin dengan meletakkan tajuk itu,aku pasti mesti perasaan ingin tahu orang yang melihat tajuk ini membuak-buak,,adakah aku akan ceritakan apa yang difikirkannya.
Dari duk asyik post entry pasal bola,sekali-sekala nak jugak post pasal benda len kan?.Hiraukan apa yang korang fikirkan kerana aku x akan ceritakan apa yang korang fikirkan..Aku Cuma mahu ceritakan pasal daftar pemilih untuk pilihan raya nii.Al maklumlah pilihan raya kan sudah dekat.Betul kan tajuk aku….”Artikel Ini Tidak Sesuai Tatapan Bawah Umur”,yelaa…..yang nak mengundi kan umur 21 tahun ke atas,so buat ape yang bawah umur nak ambik tahu kan?(wlaupun taun depan baru aku msuk 21 tahun)Bagi yang cukup umur tu,bolehlaa korang semak daftar pemilih dan bagi yang belum daftar hendaklah berbuat demikian secepat mungkin kerana dijangka pilihan raya umum(PRU) akan diadakan tidak lama lagi.Bukan niat dihati untuk berpolitik dan memihak mana2 parti,tetapi sebagai peringatan kepada semua supaya menjalankan tanggungjawab sebagai warga Malaysia yang berkelayakan untuk mengundi.
Adalah lebih baik kita salurkan ketidakpuasan hati kita ataupun sokongan kita melalui pilihan raya daripada duduk menghentam membuta tuli dan sebarkan benda2 yg tidak patut.Ingat suara rakyat lebih besar dari kuasa pemerintah,setiap undian akan menentukan arah tuju Negara kita…..Setiap orang ada fahaman dia masing2….siapa yang dia nk pilih tuu lantak dia lah…yang penting dia menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Memang tidak dapat dinafikan,dalam setiap PRU yang lepas,SPR melaporkan masih ramai yang tidak mengundi walaupun mereka sudah memenuhi kriteria sebagai pengundi yang sah.berikut merupakan antara beberapa cara untuk mendaftar sebagai pengundi(bagi yang belum daftar)
1) Secara Online di website SPR
2) Daftar terus di pejabat SPR
3) Pejabat Pos
4) Pejabat kedutaan (luar negara)
Manakala untuk menyemak daftar pemilih,ianya boleh dilakukan melalui website SPR ataupun melalui sms iaitu dengan menaip SPR No.I/C dan hantar ke 15888.Contoh SPR 80xxxx0352xx dan hantarkan ke 15888.jadi renung-renungkan dan selamat beramal………

p/s : sebelum start berkempen di kedai kopi……baik check dulu daftar pemilih…kot2 belum daftar lagi.
artikel ini hanya sebagai peringatan untuk mendaftar sebagai pengundi....tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.




Sudahkan anda mendaftar sebagai daftar pemilih...semak di sini untuk mengetahui status anda.Klik di sini....(ini bukan scam)




Monday, December 19, 2011

Van Persie Bakal 'Dipancing' City

Manchester City dikhabarkan bersedia memasang jerat untuk menarik Robin Van Persie menyertai pasukan dari Manchester itu pada musim panas ini.Dengan bersedia menawarkan kontrak sebanyak 41.6 juta pound kepada Van Persie,mereka berandaian bahawa Van Persie akan meninggalkan The Gunner kerana setakat ini,dia belum menandatangani kontrak baru di Emirates.Mengikut berita yang dilaporkan juga,City bersedia menawarkan gaji sebanyak 200,000 pound seminggu(1 juta RM) kepada Van Persie di samping kontrak 4 tahun sekiranya bersetuju menyertai City.
Kelab paling kaya di EPL ini dilihat sentiasa tidak berpuas hati dengan pemain yang ada….dengan rangkaian penyerang yang agak berbisa seperti Aguero,Balotelli dan Dzeko serta Tevez…..ternyata City tidak akan ketandusan penyerang andai kata penyerang utamanya Aguero ditimpa kecederaan.Tetapi apa sebenarnya perancangan Macini atas rancangan untuk membeli Van Persie…habis semua pemain star disambar…(kalaulah Messi boleh dibeli,mungkin Macini akan menyuruh pegawainya bergegas ke Barcelona untuk berunding)…tidak lama lagi mungkin Etihad Stadium akan menjadi port untuk pemain bintang berkumpul dan senang sikit kot untuk peminat yang hendak jumpa pemain terkenal di dunia.Walaubagaimanapun,ramai yang berpendapat bahawa tindakan City membawa masuk nama yang sudah popular adalah satu perancangan jangka pendek yang mengkehendaki kejayaan segera dan bukannya pelan jangka panjang untuk pembangunan bola sepak pada masa hadapan.
Kalaulah Van Persie menyertai City,adakah masa depannya akan berakhir seperti Carlos Tevez yang dianak tirikan oleh Macini.Memang benar,beberapa tahun lepas,Tevez merupakan ayam tambatan City sehingga diberi kepercayaan mengemudi pasukan itu.Prestasinya pada ketika itu yang menyamai prestasi Van Persie pada masa kini yang sentiasa menjaringkan gol menjadi kebanggaan Macini dan sentiasa diletakkan dalam kesebelasan utama.Tetapi kini lihatlah,nak main first eleven pun x dapat…nak keluar dari City pun dikenakan banyak syarat oleh City…hendakkan yuran perpindahan tinggilah..itulah…..(nampaknya sampai tua lah duduk di bangku simpanan).
Melihatkan nasib Tevez ini,mungkin ramai penyokong Robin van persie(RVP) diluar sana mengharapkan RVP untuk setia di Emirates dan sudah tentu pengurus Arsenal,Arsene Wenger akan melakukan sesuatu untuk mengekalkan kapten Arsenal itu yang merupakan nadi penting kepada pasukannya pada masa kini selepas kehilangan Fabregas yang berhijrah ke Barcelona…Jadi sama2 lah kita tunggu apa keputusannya nanti.




Barca Baham Santos di Bumi Samurai

Barca hentam Santos…….. Barca kenduri gol di jepun dan macam2 lagi tajuk yang dicipta oleh para blogger selepas berakhirnya perlawanan akhir piala kelab dunia yang menemukan Santos dan Barcelona….Sememangnya reputasi Barca sebagai kelab terbaik dunia pada masa kini tidak perlu lagi disangkal,malah sudah terang lagi bersuluh bahawa kelab di bawah kendalian bekas pemainnya,Pep Guardiola yang dibarisi oleh ramai pemain bintang berada di kemuncak prestasinya untuk meraih apa sahaja saingan piala yang disertainya.
Mungkin ramai yang sudah menjangka bahawa Barca yang akan bergelar juara dunia kelab,tetapi mungkin tidak ramai yang menjangkakan bilangan gol yang dapat dicipta oleh Barca semasa perlawanan akhir tersebut.Dengan skor 4-0,jelas memperlihatkan bahawa masih ada perbezaan yang ketara antara pasukan Barca dan juga Santos…..Dalam perlawanan akhir itu,bintang Barcelona,Lionel Messi terlebih dahulu mengejutkan Santos dengan gol pembukaan pada minit 17 dan diikuti gol hasil ledakan Xavi pada minit ke 24….ketika pengadil hampir meniupkan wisel penamat bagi menandakan tamat separuh masa pertama,Santos sekali lagi dikejutkan gol yang dijaring oleh bekas kapten Arsenal, Fabregas.namun begitu,pesta gol Barca tidak berhenti setakat itu kerana pada separuh masa kedua,minit 82…Messi meledakkan gol kedua peribadinya untuk mematikan terus semangat juang barisan pemain Santos.
Walaupun Santos dibarisi oleh pemain yang meningkat naik sekarang ini iaitu Neymar,tetapi Santos masih gagal menembusi gawang Barca walaupun 1 gol.Mungkin ramai juga yang berharap sebelum perlawanan supaya rekod cemerlang Barcelona di Pentas dunia dapat dicalari oleh Santos.Ini disebabkan,setakat ini mana2 pasukan yang berentap dengan Barca di kejohanan dunia ataupun piala berprestij,pasti akan pulang dengan kekecewaan dan masih tiada pasukan yang boleh menyaingi Barca.
Pada perlawanan akhir antara Santos dan Barca juga,tumpuan juga diberikan kepada kedua-dua ayam tambatan Santos dan Barca iaitu Neymar(Santos) dan Messi(Barca).Walaubagaimanapun,dengan pengalaman yang banyak di pentas antarabangsa,terbukti pada masa ini,jelmaan Maradona adalah lebih berbisa berbanding jelmaan Pele.Mungkin dengan usia Messi sekarang,dia benar2 berada dipuncak prestasinya dan tidak mustahil juga Neymar yang ketika ini berumur 19 tahun akan menjadi sehebat Messi masa kini bahkan lebih hebat lagi pada masa hadapan kerana perjalanan karier bola sepaknya masih jauh lagi. Apa2 pun,perlawanan akhir itu adalah satu perlawanan yang agak menarik walaupun tiada tentangan yang sengit dipersembahkan oleh Santos.




Saturday, December 17, 2011

David Villa Diketepikan Sehingga Hujung Musim

Satu khabar yang cukup mengecewakan bagi penyokong pasukan Barcelona apabila dikhabarkan penyerang pasukan itu,David Villa akan diketepikan sehingga penghujung musim gara2 kakinya yang patah semasa perlawanan separuh akhir piala dunia kelab di Jepun ketika menentang Al-Sadd.
Dikatakan juga bahawa Villa akan dibawa balik secepat mungkin ke Barcelona untuk menjalani pembedahan bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya….berita ini juga sedikit sebanyak merunsingkan pengendali Barca,pep Guardiola menjelang perlawanan akhir menentang Santos kerana dikhabarkan juga Penyerang utamanya Alexis Sanchez juga mengalami kecederaan yang tidak berapa serius dan peluang untuknya dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir nanti belum dapat dipastikan lagi.Kehilangan Villa di atas padang amat dirasai oleh rakan2 yang lain kerana Villa merupakan antara ‘play maker’ yang telah mewujudkan banyak gerakan dan melancarkan serangan ke kubu lawan dalam setiap perlawanan yang disertainya.Walaupun sejak kebelakangan ini sering diletakkan untuk memanaskan bangku simpanan,tetapi dia merupakan seorang yang cukup berpengaruh dan menonjol bila diberi peluang untuk beraksi.
Dilihat juga,dengan kecederaan yang memaksa dia berehat 5 bulan,dia akan terlepas beberapa perlawanan utama pada tahun utama dan pastinya akan merencatkan peluangnya untuk dipilih mewakili skuad utama pasukan bola sepak Sepanyol.Walaubagaimanpun,ketiadaan Villa tidak sedikit pun merencatkan perancangan Barcelona kerana Barcelona mempunyai ramai lagi rangkaian penyerang yang mampu menggalas tugas sebagai pemusnah pasukan lawan.

p/s : Walaupun kena rehat banyak bulan tetapi setiap bulan tetap masyuk…….




Friday, December 16, 2011

Bila 2 Jelmaan Legenda Bertembung..........

Messi dan Neymar…..adalah 2 nama yang paling disebut2 oleh penggemar sukan bola sepak pada masa kini.Messi yang dikatakan sebagai jelmaan Diego Maradona dari Argentina yang juga juga legenda Bola Sepak,merupakan pemain terbaik dunia pada masa kini dengan banyak anugerah yang disandang olehnya menjadikannya sebagai seorang pemain dan juga penyerang yang cukup lengkap dan digeruni oleh lawan semasa di padang.Walaupun mempunyai fizikal yang agak kecil bagi pemain eropah,tetapi itu tidak menjadi alasan untuknya untuk tidak menonjol dalam setiap perlawanan.Walaubagaimanapun,tempat Messi sebagai pemain terbaik dunia pada masa kini dikatakan mampu dicabar oleh pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Neymar.
Neymar pemain kelahiran Brazil yang berumur 19 tahun merupakan pemain yang menjadi buruan oleh kebanyakan kelab2 besar dunia termasuk seteru Barcelona iaitu Real Madrid.Neymar yang diumpamakan oleh Legenda Bola Sepak Brazil,Pele sebagai penggantinya pada masa hadapan merupakan asset yang paling bernilai dimiliki oleh Brazil dan kelabnya Santos.Pertembungan antara 2 bintang dunia ini dalam final Piala dunia kelab di jepun pada 18 Disember 2011 merupakan platform yang terbaik untuk mengukur kehebatan masing2.Dalam perlawanan separuh akhir menentang kelab dari Jepun,Neymar Berjaya membuka tirai jaringan melalui jaringan cantiknya di penjuru kiri untuk membawa Santos ke final.Manakala Messi dikatakan tidak menyerlah dan lebih bersahaja ketika perlawanan separuh akhir menentang Al-Sadd di mana dapat disaksikan dia memberi banyak peluang untuk rakan yang lain untuk membuat serangan.Mungkin disebabkan keletihan mengharungi perlawanan el-clasico dan penerbangan yang lama yang membuatkan jurulatih Pep Guardiola mengarahkan bintang2nya supaya tidak terlalu aggresif dalam perlawanan tersebut.Walaubagaimanpun,Barca Berjaya melangkah ke final dengan kemenangan 4-0 ke atas Al-Sadd.
Jadi dalam perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia yang akan berlangsung di Jepun pada 18 Disember 2011 akan menemukan 2 orang bintang yang akan menjadi tumpuan semua pihak menunjukkan kehebatan masing2.Tentu perlawanan akhir ini akan menjadi satu perlawanan yang paling menarik dan sudah tentu ramai pihak yang ingin melihat kekebalan gawang Barcelona dirobek oleh pasukan dari Amerika Selatan iaitu Santos.Apa2 pun sama2 lah kita nantikan perlawanan akhir ini….




Thursday, December 15, 2011

Kelantan Sedia Hadapi Saingan Liga Malaysia 2012

Mungkin perasaan kecewa gara2 gagal mempertahankan piala Malaysia masih menghantui pemain2 dan penyokong2 kelantan walaupun saingan piala berprestij itu sudah hampir 2 bulan berlalu.Walaupun begitu,The Red Warrior di bawah kendalian ketua jurulatih baru,Peter James Butler kembali fokus untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.
Menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan baru2 ini,ianya memberi gambaran dan harapan kepada penyokong setia yang dianggap paling fanatik di Negara ini bahawa The Red warrior merupakan pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu.Dengan diperkuatkan 4 tenaga import yang dibawa masuk oleh arkitek transformasi Pasukan Bola Sepak Kelantan,Tan Sri Anuar Musa,ternyata,KAFA masih lagi mahu memperkuatkan jentera serangan yang diketuai oleh penyandang anugerah penyerang terbaik Negara dan anugerah Supermokh,Norsahrul Idlan Talaha(Mat Yo).Sesungguhnya pihak pentadbiran KAFA dan barisan jurulatihnya sedar bahawa ketumpulan di jentera serangan menjadikan Kelantan kempunan untuk menambahkan seberapa banyak koleksi piala walaupun banyak peluang gol Berjaya dicipta semasa perlawanan pada musim lalu.
Oleh sebab itu,dengan kemasukan pemain import yang merupakan pemain kebangsaan Lebanon,Gaddhar di posisi serangan sedikit sebanyak diharapkan dapat menyelesaikan masalah di bahagian serangan apabila beliau Berjaya meledakkkan 2 gol dalam 2 siri perlawanan persahabtan yang dianjurkan.Kelibat pemain import,Antwi juga memberikan Kelantan banyak pilihan di posisi serangan dan bahagian tengah ekoran daripada prestasi cemerlang yang ditunjukkan olehnya dalam perlawanan persahabatan.Walaubagaimanapun,para pemain belum lagi dapat menjalin persahaman yang mantap dan memerlukan sedikit masa untuk membentuk satu persefahaman yang boleh menjanjikan satu permainan yang menarik kepada para penonton di samping masalah komunikasi yang masih menghantui para pemain.Dengan misi mempertahankan Piala Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia dari Negeri Sembilan dan merebut kembali Piala FA dari Terengganu,Kelantan akan membuka cabaran Liga mlaysia pada Januari ini dengan perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan yang hilang banyak tonggak pada musim depan di stadium keramat The Red Warrior,Stadium Sultan Muhammad ke4.Keseluruhannya,dari apa yang kita boleh lihat,pada musim depan peluang untuk kebanyakan pasukan yang bertanding untuk memenangi piala adalah seimbang dan sukar untuk diramal tambahan pula dengan kemasukan pasukan dari singapore,Lion XII.