Saturday, August 14, 2010

Hari ini ialah 5 Ramadhan,ini bermakna sudah 5 hari kita,umat islam berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa.Kita tahu semua muslim menunggu kedatangan bulan yang penuh berkat ini.Alhamdulillah,Kalau yang menunggu bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan ibadat bagi menampung dosa yang dibuat sepanjang tahun.Tetapi ada juga yang menantikan bulan ini kerana dalam bulan ini ada bazaar Ramadhan.Kalau ada bazaar Ramadhan,maka beraneka makanan yang dapat ditemui.Gulai kawah Mak cik Gayah di bazaar Ramadhan Wakaf Bharu laa.....Bubur Lambuk Pak cik Musa di Bazaar Ramadhan Bangsar....macam2 lagi laa.Sesungguhnya amat rugi bagi kita kalau tidak menggunakan peluang yang ada ini yang hanya muncul sebulan saja dalam setahun untuk beribadat.Dan ketahuilah wahai sekalian umat islam bahawa 10 hari pertama bulan Ramadhan merupakan kerahmatan dari Allah S.W.T,10 hari berikutnya adalah pengampunan dari Allah S.W.T dan 10 hari terakhir merupakan kebebasan dari api neraka.Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda,”Jikalau umatku benar-benar mengetaui akan fadilat bulan Ramadhan,nescaya mereka akan meminta agar sepanjang tahun iaitu 12 bulan ialah bulan Ramadhan”.

No comments:

Post a Comment