Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Yang dinanti-nantikan

Hari ini ialah 5 Ramadhan,ini bermakna sudah 5 hari kita,umat islam berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa.Kita tahu semua muslim menunggu kedatangan bulan yang penuh berkat ini.Alhamdulillah,Kalau yang menunggu bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan ibadat bagi menampung dosa yang dibuat sepanjang tahun.Tetapi ada juga yang menantikan bulan ini kerana dalam bulan ini ada bazaar Ramadhan.Kalau ada bazaar Ramadhan,maka beraneka makanan yang dapat ditemui.Gulai kawah Mak cik Gayah di bazaar Ramadhan Wakaf Bharu laa.....Bubur Lambuk Pak cik Musa di Bazaar Ramadhan Bangsar....macam2 lagi laa.Sesungguhnya amat rugi bagi kita kalau tidak menggunakan peluang yang ada ini yang hanya muncul sebulan saja dalam setahun untuk beribadat.Dan ketahuilah wahai sekalian umat islam bahawa 10 hari pertama bulan Ramadhan merupakan kerahmatan dari Allah S.W.T,10 hari berikutnya adalah pengampunan dari Allah S.W.T dan 10 hari terakhir merupakan kebebasan dari api neraka.Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda,”Jikalau umatku benar-benar mengetaui akan fadilat bulan Ramadhan,nescaya mereka akan meminta agar sepanjang tahun iaitu 12 bulan ialah bulan Ramadhan”.Walaupun begitu,masih ada umat islam yang enggan berpuasa dan membiarkan bulan Ramadhan ini berlalu seperti bulan yang lain.kalaulah lumpur yang mereka bawa pada bulan lain maka lumpur jugalah yang bawa pada Bulan Ramadhan.Yang clubing,tetap clubing....Yang merempit tetap merempit dan yang membuat maksiat tetap membuat maksiat.Seolah-olah tiada ertinya bagi mereka bulan Ramadhan ini.Tetapi bila tiba saat nak Raya,mereka ini lah yang paling sibuk buat persiapan nak raya,mengalahkan yang berpuasa pula.Inilah gambaran masyarakat yang mesti diubah.Anggaplah bulan Ramadhan ini sebagai bonus kepada umat Islam.Ada seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W bahawa umat Rasulullah ini jangka hayatnya lebih pendek beberapa kali ganda daripada umat yang terdahulu.Oleh itu,baginya tidak adil kepada umat Muhammad kerana sedikit saja ibadat yang dapat dilakukan berbanding umat yang terdahulu.Dengan tenang Rasulullah S.A.W menjawab,sebenarnya umatku ini lebih bertuah kerana dikurniakan bulan Ramadhan di mana satu malam pada bulan bersamaan dengan 40 tahun.Oleh itu ibadat yang dilakukan pada 1 malam bersamaan 40 tahun beribadat.Masyaalah tingginya ganjaran pada bulan Ramadhan ini.Selain itu juga,setiap ibadat fardhu yang ditunaikan akan diberikan 70x ganjaran pahala berbanding pada bulan biasa dan setiap ibadat sunat yang dilakukan akan diberikan ganjaran seperti melakukan ibadat fardhu.Pada bulan Ramadhan ini 5 nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada yang berpuaa,pertama,bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah S.W.T.Kedua,Ikan-ikan di laut akan beristighfar kepada Allah S.W.T bagi memohon keampunan bagi [ihak orang yang berpuasa.Ketiga,dirantaikan syaitan dan iblis,keempat,Pada setiap hari Allah S.W.T menghiaskan Syurga bagi yang berpuasa dan yang kelima ialah dijauhkan orang yang berpuasa dari api neraka.Oleh sebab itu,marilah sama2 kita perbetulkan niat kita pada bulan baik yang penuh berkat ini untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kemungkaran.Jangan biarkan bulan Ramadhan ini mengalir pergi tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin.


No comments:

Post a Comment