Saturday, October 22, 2011

Sang Rusa Iringi Penyu Ke Final....

Dengan berakhirnya perlawanan kedua separuh akhir piala Malaysia 2011,maka pasti sudah,2 slot finalis yang menjadi rebutan banyak pasukan diisi oleh Negeri Sembilan dan Terengganu.
Dengan agregat 6-3 mengalahkan tteam,meletakkan Sang rusa sebagai pasukan yang Berjaya membuat hatrik bagi menjadi finalis untuk kali ketiga berturut-turut piala Malaysia dan menjadikan ini sebagai peluang untuk menebus kekecewaan apabila dinafikan untuk mendakap Piala Malaysia pada musim lepas oleh wakil dari pantai timur juga iaitu Kelantan.Berjaya atau tidak semua itu akan terjawab nanti pada 29 oktober di stadium Shah Alam.Semestinya Terengganu berhajat untuk mendapatkan kejayaan berganda pada tahun ini selepas Berjaya mendakap Piala FA.Dengan gandingan pemain yang mantap terutama trio peledaknya yang agak serasi bak gandingan Iniesta,Xavi dan Messi iaitu Ashaari,Hadi dan Penyerang prolifiknya Abdul Manaf,tidak mustahil Terengganu akan menjulang Piala yang paling berprestij di Malaysia itu pada tahun ini.Ternyata,Irfan Bakti merupakan antara jurulatih yang Berjaya di Malaysia,terkenal dengan strategi counter attacknya sehingga membuatkan pasukan lawan pening kepala untuk mempertahankan gawang dari dibolosi.
Ramai yang berpendapat Terengganu yang akan menjulang piala Malaysia pada tahun ini,walaubagaimanapun cabaran dari Negeri Sembilan tidak boleh diambil mudah kerana masih ada 90 minit lagi dan semestinya jurulatih Negeri Sembilan,Azraai Kor Abdullah mempunyai 1001 kunci dan strategi untuk menghadapi counter attack dari Terengganu seterusnya meleburkan harapan penyokong Terengganu yang kini mula tersenyum lebar bersedia untuk berarak di sekeliling Kuala Terengganu bersama Piala Malaysia yang diidam-idamkan itu.
Terengganu tidak seharusnya memandang ringan terhadap jentera serangan Negeri Sembilan yang diterajui oleh Hairudin Omar yang kini berkongsi tempat sebagai Penjaring terbanyak Piala Malaysia bersama Abdul Manaf Mamat(Terengganu),kerana 2 final Piala Malaysia yang lepas menunjukkan ketajaman tandukan Hairudin Omar tidak boleh disangkal lagi….defender seperti John Terry juga tidak mampu menghalang tandukan Hai-O apabila Hai-O berjaya merobek gawang Chelsea menerusi tandukan ketika Chelsea bertandang ke Malaysia beberapa tahun lepas.
Dengan diperkuatkan oleh ramai pemain bintang seperti Farizal Marlias,pasangan kembar Aidil dan Zakuan,Norhafiz Zamani Misbah dan Shukor Adan,ia menjadikan satu platform yang sesuai untuk Sang Rusa membinasakan Sang Penyu walaupun ianya dilindungi oleh cangkerang yang keras.Tamatnya wisel penamat separuh akhir Piala Malaysia semalam menyaksikan bermulanya perang psikologi yang dilancarkan oleh kedua-dua penyokong pasukan finalis itu,pelbagai medium digunakan oleh para penyokong untuk menaikkan semangat pasukan masing-masing dan ada yang sudah membuat tempahan tiket pengangkutan ke stadium Shah Alam pada Sabtu depan.
.Walaubagaimanapun,selamat berjuang diucapkan kepada Sang Rusa dan Sang Penyu dan diharap persembahan yang menarik dapat
disajikan kepada peminat Bola sepak tanah air pada sabtu depan dan diharapkan peristiwa yang tidak elok dapat dielakkan untuk kepuasan kita bersama menikmati persembahan yang amat ditunggu-tunggu ini.Dan kepada para penyokong diharap bersabar dan bertenang menerima apa sahaja keputusan yang berlaku nanti.Dengan ingatan….Kurangkan Kontroversi,tingkatkan Prestasi……Majulah sukan Untuk Negara……




No comments:

Post a Comment